Page 74 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 74
Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti
Tempat keempat label grafik ialah petunjuk dan sumber yang diwakili dengan kaki kanan
sebagai petunjuk manakala tapak kaki kiri sebagai sumber, iaitu kedudukan sumber di
bawah paras petak terakhir petunjuk di sebelah kiri graf. Bilangan petak petunjuk adalah
berdasarkan maklumat data jadual atau maklumat yang terdapat dalam rencana. Label
petunjuk hanya perlu salin daripada jadual tetapi tidak perlu diulangi pembolehubah seperti
sektor atau kaum dan lain-lain. Begitu juga pelajar hanya menyalin maklumat sumber
daripada petikan rencana untuk dilabel di sebelah kiri di bawah paras petak terakhir
petunjuk.
Jadual berikut ialah maksud “ET” dan penjelasan kedudukan label grafik:
Jadual 5.6 Maksud “ET” (E = Empat, T = Tempat Label)
TEMPAT SINGKATAN MAKSUD
1 Mata & Telinga ET Label tajuk (TIFT)
2 Tangan Kanan ET & 2 jari tangan Label paksi Y (Isu & Unit)
kanan ET
3 Tangan kiri ET & jari tangan kiri ET Label paksi X (tempoh masa)
4 Kaki kanan ET Label petunjuk
Tapak Kaki kiri ET Label sumber
TEMPAT 1 :
TEMPAT 2 :PAKSI-Y TAJUK
ISU T I F T
UNIT
TEMPAT 3 : PAKSI-X
TEMPOH MASA ET
TEMPAT 4 :
PETUNJUK
SUMBER
Rajah 5.2 Contoh Kaedah “TIFT” dan Kaedah “ET”
Kementerian Pendidikan Malaysia 73

