Page 79 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 79

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

              Jadual 5.11 Analisis Perbandingan Markah Pelajar Melabel Tajuk Dan Grafik  Antara
                                      Ujian Pra Dengan Ujian Pasca


               Skor                 Ujian Pra                       Ujian Pasca 5
             Markah    Bilangan pelajar     Peratus (%)     Bilangan pelajar   Peratus (%)
                            (orang)                             (orang)
             00-08            11               73.33               2             13.33
             09-14            0                 0.0                0              0.0
             15-20            4                26.67              13             86.67


            Pengkaji berpuas hati dengan hasil kajian kerana selepas memperkenalkan kaedah “TIFT”
            dan “ET” pencapaian pelajar meningkat. Rumusan perbandingan markah dalam jadual
            5.11 menunjukkan bahawa dalam Ujian Pasca 5 seramai 13/15 orang pelajar (86.67%)
            pelajar tingkatan 6 Atas Seni Visual berjaya melabel tajuk dan grafik dengan maklumat
            yang lengkap dan tepat dengan mendapat skor markah 15-20 markah manakala hanya
            2 orang pelajar (13.33%) mendapat markah kurang daripada 10/20 markah. Kedua-dua
            orang pelajar tersebut sering tidak hadir ke sekolah dan akan diberi bimbingan individu
            selepas kajian supaya dapat membantu pelajar tersebut menguasai kemahiran melabel
            tajuk dan grafik dengan mengaplikasikan kaedah “TIFT” dan “ET”.

            5.5.3   Refleksi Temu bual
            Temu bual dilaksanakan dengan menemu bual 5 orang pelajar yang sama sebelum dan
            selepas kajian. Berdasarkan temu bual, sebelum pengkaji memperkenalkan kaedah “TIFT”
            dan “ET”, pelajar berasa sukar untuk mengingati kata kunci melabel tajuk dan grafik, iaitu
            sering  terjerat oleh maklumat soalan  dan rencana.  Selepas pelajar  diberi  pendedahan
            tentang kaedah “TIFT” dan “ET”, pelajar berasa puas hati dan lebih teliti ketika melabel
            tajuk dan grafik dengan menyemak label tajuk dan grafik berpandukan kriteria semakan
            “TIFT” dan “ET”.

            Berikut ialah catatan hasil temu bual antara pengkaji dengan responden pelajar :


            “Sebelum saya mengenali teknik “TIFT” dan “ET”, saya banyak melakukan kecuaian pada
            tajuk dan grafik. Selepas saya mengenali teknik “TIFT” dan “ET” saya dapat melabel tajuk
            dan grafik tanpa kecuaian” (Pelajar 1)


            “Sebelum  saya diperkenalkan  dengan  kaedah  “TIFT”  dan “ET” saya telah melakukan
            banyak kecuaian dan kekurangan dalam menghasilkan skrip jawapan yang baik. Selepas
            saya diperkenalkan dengan kaedah “TIFT” dan “ET” menunjukkan saya dapat menyiapkan
            soalan dalam kadar masa yang telah ditetapkan. Selain itu, dengan penggunaan kaedah
            “TIFT” dan “ET” ini membolehkan diri saya mengajar orang-orang lain” (Pelajar 2)




       78    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84