Page 81 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 81
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
kaedah yang akan dikemukakan oleh pengkaji nanti. Kegagalan pelajar menentukan grafik
yang tepat akan menyebabkan pelajar gagal memperoleh skor markah yang tinggi untuk
Bahagian B Semester 2 STPM.
Selain itu, pengkaji juga berminat untuk melakukan kajian untuk Bahagian C, iaitu penulisan
esei kerana bahagian ini menyumbangkan markah yang agak besar dalam setiap semester
dan pelajar juga didapati tidak berupaya memperoleh skor markah esei yang tinggi.
Tambahan lagi peruntukan markah untuk esei (Bahagian C) lebih tinggi daripada markah
Bahagian B (Statistik). Selain itu, kata kunci untuk mengenal pasti kehendak soalan esei
lebih kurang sama dengan statistik, iaitu ‘isu’ dan ‘fokus’. Kemahiran mengemukakan isi
esei dengan tepat merupakan masalah yang dihadapi oleh hampir semua pelajar STPM
dalam mata pelajaran Pengajian Am. Masalah ini telah saya kenal pasti dan sedang
merancang untuk melaksanakan kajian tindakan berkaitan dengan esei nanti.
BIBLIOGRAFI
Guru-guru Akademik Tingkatan Enam. Koleksi kajian Tindakan 2016. Selangor : SMK
Tinggi Kajang. 2016
James H Block, LW Anderson (1974). Handbook on Teaching Educational Psychology.
Mastering Learning. Dicapai pada Mac, 11, 2019 dari https://scholar.googles.com.my
Koleksi Soalan Trial seMalaysia STPM Penggal 2 2013-2018.
Koleksi Kertas Soalan STPM 2013-2015 Penggal 1.2.3 Pengajian Am. Selangor Darul
Ehsan : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2016.
Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018. Konvensyen Pendidikan Kebangsaan
Kali Ke-2. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malaysia. Majlis Peperiksaan Malaysia. Soalan STPM Pengajian Am Penggal 2 tahun
2013- Ulang 2018. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nota Minda dan Lembaran Praktis Pengajian Am Penggal 2. Selangor : Local Publications
(M) Sdn. Bhd.
80 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

