Page 84 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 84

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti


             Apakah masalah yang kamu hadapi ketika    i.   Sukar faham
             belajar subjek Kesusasteraan Melayu       ii.  Kurangnya perhatian ibu bapa
             Komunikatif?                              iii.  Masalah kewangan membeli buku
             Apakah masalah yang kamu hadapi           i.   Sukar menyusun idea
             ketika menjawab soalan  “Bincangkan”      ii.  Sukar mengembangkan idea, iaitu
             Kesusasteraan Melayu Komunikatif?            huraian pro dan kontra (KBAT)
                                                       iii.  Masa menjawab tidak mencukupi
                                                       iv.  Markah yang rendah
             Adakah kamu akan bertanya jika tidak      i.   Ya (3 orang)
             faham?                                    ii.  Tidak (13 orang)


            Guru  bertekad  membantu  menyelesaikan  masalah  pelajar  dengan  mempermudah
            pemahaman  pelajar  tentang  teknik  menjawab  soalan  berbentuk  perbincangan.  Sekali
            gus meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Langkah awal
            melibatkan semakan latihan, temu bual dan ujian diikuti tindakan guru merancang aktiviti
            dan menggunakan kaedah “TEKMEN SPROKON”.


            “TEKMEN SPROKON” merupakan singkatan kepada Teknik Menjawab Soalan Pro Kontra.
            Peperiksaan Kesusasteraan Melayu STPM memerlukan pelajar menjawab tiga daripada
            enam soalan esei dalam masa dua jam. Soalan yang paling kerap disoal ialah soalan
            berbentuk “Bincangkan”. Soalan ini biasanya memerangkap pelajar kerana pelajar mesti
            mengemukakan hujahan berbentuk pro dan kontra bagi fakta yang diberikan. Hujahan pro
            dan  kontra  ini  memerlukan  pelajar  menggunakan  kemahiran  berfikir  aras  tinggi  (KBAT)
            yang selalunya dipandang remeh oleh pelajar. Chew Fong Feng dan Munir &  Azlena
            (2003), menyatakan aktiviti berfikir sebagai suatu bentuk kemahiran yang perlu dikuasai
            namun sering kali dipandang enteng. Sikap pelajar yang hanya mengemukakan fakta dan
            contoh tanpa mengemukakan sebarang huraian hujahan pro dan kontra bagi setiap fakta
            yang dikemukakan menyebabkan pelajar kehilangan dua markah bagi setiap perenggan
            isi.  Bayangkan  jika  soalan  tersebut  merupakan  soalan  tunggal  yang  memperuntukkan
            25 markah dengan sejumlah 20 markah untuk bahagian isi. Untuk lebih jelas, perhatikan
            perincian pemarkahan yang diperuntukan berdasarkan “isi” yang di beri dalam menjawab
            soalan berbentuk perbincangan tersebut:


            ISI                  :       20 MARKAH  (5 isi  ×  4 MARKAH)
            Fakta                :       1 markah
            Huraian Pro Fakta    :       1 markah
            Huraian Kontra Fakta   :     1 markah
            Contoh               :       1 markah
            (Huraian isi MESTI dalam bentuk hujahan pro dan kontra fakta.
            Calon yang gagal mengemukakan hujahan akan kehilangan markah huraian)




                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  83
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89