Page 80 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 80
Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti
“Sebelum saya mengguna kaedah “TIFT” dan “ET” saya selalu membuat kecuaian pada
tajuk, tertinggal tempoh masa dan juga pada graf itu saya tertinggal unit. Perasaan saya
agak terkilan kerana benda yang senang tapi disebabkan kecuaian saya, saya tidak dapat
markah yang penuh. Selepas saya menggunakan kaedah “TIFT” dan juga “ET”, saya lebih
berhati-hati dan kecuaian itu dapat dielakkan dan saya berasa gembira dan yakin untuk
membuat ujian pada masa hadapan.” (Pelajar 3)
“Saya berasa sangat gembira dan bersyukur dengan tunjuk ajar cikgu kerana urusan untuk
graf semakin mudah setelah didedahkan dengan teknik ini” (Pelajar 4)
‘Sebelum saya mengetahui lebih mendalam lagi tentang “TIFT” dan “ET” saya tidak
mengetahui untuk memasukkan tempoh masa dan sebagainya dalam membuat graf.
Teacher telah mengajar saya tentang “TIFT” dan “ET” … saya boleh membuat graf dengan
lebih baik dan betul.” (Pelajar 5)
5.5.4 Rumusan Terhadap Refleksi Kajian
Hasil kajian telah mencapai sasaran objektif kajian yang ditetapkan. Selepas menggunakan
kaedah “TIFT” dan “ET”, kesemua 15 orang pelajar (100%) di tingkatan 6 Atas Seni Visual
telah berjaya melabel tajuk jadual manakala 13/15 orang pelajar (86.67%) berjaya melabel
tajuk grafik dan 14/15 orang pelajar (93.33%) dapat melabel grafik dengan maklumat yang
lengkap dan tepat. 14/15 orang pelajar (93.33%) juga mendapat sekurang-kurangnya 10/20
markah dalam Ujian Pasca 5. Pengkaji berharap pelajar yang berjaya mengaplikasikan
kaedah “TIFT” dan “ET” dapat mengasah kemahiran melabel tajuk dan grafik dalam
latihan yang berikutnya sehingga berjaya memproleh markah dan gred yang tinggi dalam
peperiksaan STPM Semester 2 nanti.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kaedah “TIFT” boleh diaplikasikan dalam Bahagian B Semester 3 dengan sedikit
pengubahsuaian istilah untuk ayat isi yang merupakan elemen utama membantu pelajar
skor markah dalam Bahagian B Semester 3. Pelajar boleh menulis ayat isi yang lengkap
dengan menyemak ayat isi supaya lengkap berdasarkan ‘Topik’, ‘Fokus’. ‘Isi’ dan ‘Tempoh
Masa’ (TFIT) supaya tidak kehilangan keseluruhan markah untuk perenggan isi kerana
untuk Semester 3, sekiranya ayat isi tidak lengkap, markah tidak akan diberi untuk
perenggan tersebut, iaitu pelajar tidak akan mendapat apa-apa markah walaupun huraian
isi adalah lengkap dan tepat.
Di samping itu, pengkaji juga berminat untuk membuat kajian pada Semester 2 tahun
depan untuk membantu pelajar menentukan bentuk grafik yang tepat dengan menggunaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 79

