Page 82 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 82

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

              “TEKMEN SPROKON” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB
                  SOALAN PERBINCANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR
            TINGKATAN ENAM KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF STPM



                                          Connie Laurenco Marlag
                                 Pusat Tingkatan Enam SMK Limbanak, Sabah


                                               Abstrak 5

            Kajian bertujuan membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan perbincangan sekali gus
            meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan STPM. Tinjauan awal melalui temu bual dan latihan
            mendapati pelajar gagal mengemukakan huraian pro dan kontra bagi fakta  yang dikemukakan.
            Kajian ini telah memperkenalkan kaedah “TEKMEN SPROKON” yang melibatkan seramai 16 orang
            pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif Semester 1 STPM 2019. Proses
            kajian dan pelaksanaan intervensi mengambil masa selama 12 minggu dalam masa 40 minit, dua
            kali seminggu semasa PdPc. Dapatan kajian melalui peperiksaan pertengahan dan Peperiksaan
            Percubaan Semester 1 menunjukkan penguasaan kemahiran menjawab pelajar dan peningkatan
            prestasi lulus yang ketara. Peperiksaan STPM Semester 1 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 2019
            menunjukkan sejumlah 15/16 orang pelajar lulus penuh atau sekurang-kurangnya C (93.8%, GP:
            2.75) dan terus menunjukkan  peningkatan  kualiti  dalam  peperiksaan STPM Semester 2 dengan
            12/14 orang lulus penuh sekurang-kurangnya C (85.7%, GP: 3.10). Kesimpulannya, kaedah ini perlu
            diteruskan agar penguasaan teknik menjawab soalan esei dalam kalangan pelajar dapat diperkukuh
            sekali gus membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan STPM.
            Kata kunci: Kemahiran menjawab, soalan “Bincangkan”, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, PdPc,
            soal jawab.



            1.0    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

            Guru berasa kesal kerana cara menjawab soalan esei para pelajar masih terbawa-bawa
            dengan cara menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan mengemukakan
            fakta dan contoh semata-mata. Pelajar enggan mencabar diri mereka untuk berfikir secara
            kreatif dan kritis dalam membuat huraian yang berbentuk penghujahan fakta yang matang
            dan relevan. Antara punca yang menyebabkan masalah ini ialah pelajar tidak mengambil
            subjek  Kesusasteraan  Melayu  semasa  SPM  dan  kurang  dalam  kemahiran  berfikir  aras
            tinggi. Rajah 1.1 menunjukkan contoh skrip jawapan yang menunjukkan kelemahan
            menjawab dalam kalangan pelajar.


            Guru selalu menegur pelajar “Mana huraian pro dan kontra fakta? Soalan “Bincangkan”
            wajib ada huraian pro dan kontra bagi fakta. Sebagai pelajar tingkatan 6, cara berfikir mesti
            menggunakan KBAT. Cuba lagi”









                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  81
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87