Page 87 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 87
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 16 orang pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu Komunikatif STPM 2019 yang terdiri daripada empat (4) orang pelajar lelaki dan 12
orang pelajar perempuan yang berumur antara 18 hingga 19 tahun. Pencapaian mereka
dalam ujian pertengahan semester kurang memberangsangkan dan memperoleh markah
yang rendah.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Bermula tahun 2011, transformasi sistem pendidikan negara menekankan konsep
pengajaran pemikiran kritis dan kreatif dalam pelaksanaan penyoalan KBAT kepada
sekolah-sekolah di seluruh Malaysia (Chew Fong Peng & Sashipriya Nadaraja, 2014).
Perubahan ini merupakan satu bentuk transformasi dalam bidang pendidikan di Malaysia
dengan memberi fokus kepada pemikiran kritis, kreatif dan inovatif (Sharifah Nor, 2012).
Malangnya sebahagian besar pelajar sasaran tidak menguasai kemahiran berfikir kritis
dan kreatif sehingga gagal mengemukakan huraian penghujahan pro dan kontra yang
berbentuk KBAT bagi soalan yang dikemukakan.
Bagi membentuk pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, guru telah
menjalankan penyelidikan secara kajian tindakan selaras dengan McNiff (2013) yang
menyatakan bahawa kajian tindakan sebagai satu bentuk pendekatan untuk memperbaiki
atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih
sedar tentang amalan mereka sendiri serta kritis terhadap amalan tersebut dan bersedia
untuk mengubah amalan yang kurang berkesan.
Kemmis dan McTaggart (1988); Kemmis, McTaggart dan Nixon (2013) menyatakan
bahawa kajian tindakan adalah merupakan satu bentuk pertanyaan kepada diri penyelidik
secara kolektif yang dilakukan oleh para pengkaji yang mengkaji sesuatu isu dalam ruang
litup situasi sosial sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap rasionalisasi
dalam amalan dari aspek sosial, pendidikan dan pemahaman mereka terhadap amalan
yang hendak dilaksanakan. Kemmis dan MacTaggart (1988) menyarankan kajian tindakan
melibatkan empat peringkat atau langkah, iaitu:
i. Mereflek,
ii. Merancang,
iii. Bertindak dan
iv. Memerhati untuk membentuk pusingan yang pertama.
86 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

