Page 129 - Teks Tanah Kebun
P. 129
Tanah Kebun
“Teruskan serangan dan musnahkan
semua jet-jet pejuang dan kapal pengangkut
mereka!” arah Panglima Bentara Betong kepada
Panglima Muda Lintang menerusi alat
perhubungan yang terdapat di dalam kapal perang
angkatan laut Negara Naga Sakti.
Namun begitu arahan yang diberikan oleh
Panglima Bentara Betong itu sukar diterima oleh
Panglima Muda Lintang.
“Panglima lebih baik kita berundur saja.
Daripada meneruskan serangan ke atas mereka.”
Kata-kata yang dikeluarkan oleh Panglima
Muda Lintang itu menjadikan Panglima Bentara
Betong berasa amat terperanjat. Bercampur
dengan marah apabila dia mendengarnya.
“Jangan ingkar arahan! Sebagai pegawai
tentera sudah menjadi tugas awak. Untuk
melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh
pegawai yang berpangkat tinggi seperti saya!”
“Ini bukan soal ingkar arahan, panglima.
Sebagai pegawai tentera saya faham dengan apa
yang panglima katakan tu,” jawab Panglima Muda
Lintang.
“Dah tu? Kenapa awak tak ikut?” potong
Panglima Bentara Betong pula sebaliknya dengan
pantas. Sambil meninggikan suara disebabkan
keengganan Panglima Muda Lintang untuk
mematuhi apa yang telah diarahkannya.
“Seperti yang saya katakan tadi ramai
anggota kita telah terkorban. Kita tak mampu
untuk meneruskan serangan. Dengan jumlah
129
Teks Tanah Kebun.indd 129 03/06/2020 16:42:31

