Page 130 - Teks Tanah Kebun
P. 130
Azaika SR
anggota yang tinggal sedikit ini. Lebih baik kita
kembali semula ke pangkalan dan menyusun
strategi baru. Untuk melancarkan serangan bagi
mengalahkan musuh,” cadang Panglima Muda
Lintang.
Panglima Bentara Betong akhirnya akur
dan menerima cadangan Panglima Muda Lintang
itu. Agar tidak meneruskan serangan ke atas
pasukan jet-jet pejuang dan angkatan laut Negara
Debunga Wangi. Dia kemudiannya mengarahkan
Panglima Muda Lintang bersama dengan anggota-
anggota pasukan jet pejuang supaya kembali
semula ke kapal laut yang menjadi pangkalan
mereka. Dalam peperangan dengan Negara
Debunga Wangi.
Sudah pastinya ini bukanlah satu berita
yang amat menggembirakan. Bila Panglima
Bentara Betong menyampaikannya kepada Dato’
Laksamana Rentaka.
“Apa? Kita terpaksa berundur?” Nada
suara Dato’ Laksamana Rentaka berbunyi marah.
Sebaik-baik sahaja membaca laporan bertulis yang
diserahkan oleh Panglima Bentara Betong.
“Kita tak ada pilihan, laksamana,” balas
Panglima Bentara Betong.
“Kenapa itu yang harus dijadikan sebagai
jawapan?” Ternyata Dato’ Laksamana Rentaka
berasa tidak puas hati. Dengan apa yang
dikatakan oleh pegawainya itu. Sambil tidak dapat
menyembunyikan rasa marah dan hampa di
wajahnya. Di atas kegagalan pasukan jet pejuang
130
Teks Tanah Kebun.indd 130 03/06/2020 16:42:31

