Page 109 - malaysia_2017
P. 109

menyelaras aktiviti  kementerian dan  menyelaras kegiatan  jabatan atau badan-
              badan di bawah kementerian berkenaan. KSU juga berperanan sebagai penasihat
              kepada  Menteri  mengenai  pentadbiran  dan  bertanggungjawab  penuh  kepada
              Ketua  Setiausaha Negara (KSN)  yang  merupakan Ketua  Perkhidmatan Awam
              Persekutuan.

              Setelah mendapat mandat membentuk Kerajaan menerusi kemenangan dalam
              Pilihanraya Umum ke-13, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak mengumumkan
              barisan Kabinet barunya  pada  15  Mei  2013.  Rombakan  dan  penstrukturan
              Kabinet telah dilakukan pada 29 Julai 2015 oleh Perdana Menteri yang melibatkan
              pertukaran beberapa portfolio  bagi memantapkan lagi sistem penyampaian     PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
              perkhidmatan  kerajaan. Kabinet  2016  kini  mempunyai  25  kementerian seperti
              berikut:

                                       Jabatan Perdana Menteri
                                        Kementerian Kewangan
                              Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
                                       Kementerian Pendidikan
                                    Kementerian Pendidikan Tinggi
                                      Kementerian Pengangkutan
                                       Kementerian Pertahanan
                              Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
                                   Kementerian Wilayah Persekutuan
                                      Kementerian Dalam Negeri
                                Kementerian Komunikasi dan Multimedia
                                       Kementerian Luar Negeri
                                     Kementerian Sumber Manusia
                   Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
                                       Kementerian Kerja Raya
                          Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
                                Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
                           Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
                               Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
                                        Kementerian Kesihatan
                               Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
                  Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
                                     Kementerian Belia dan Sukan
                       Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
                            Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

              (mengikut  senarai  Ketua  Setiusaha  kementerian-kementerian  yang  dikemas  kini  pada
              27 Mac 2017  seperti  yang  dikeluarkan  oleh  Bahagian  Istiadat  dan  Urus  setia  Persidangan
              Antarabangsa).



                                                            MALAYSIA 109
                                                                         2017
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114