Page 53 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 53

Tahap Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
                                   Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah

                                 Muhammad Nazmi, Siti Halimah, Ph.D, Alya Awilah, Alya Aqilah

                                  IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
                                                    nazmijj@gmail.com

                                                         Abstrak

        Kajian ini mengkaji tentang guru bahasa Melayu dan tahap pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dari
        aspek perancangan, pedagogi dan pentaksiran. Responden kajian ini melibatkan 36 orang guru bahasa Melayu dari
        sebuah sekolah rendah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
        Statistical Package for the Social Science (SPSS) Versi 26 untuk mendapatkan min dan sisihan piawai. Berdasarkan
        dapatan kajian, tahap pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru dari aspek perancangan berada pada tahap sederhana
        dengan skor min sebanyak 3.49. Tahap pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru dari aspek pedagogi pula berada
        pada  tahap  sederhana  dengan  skor  min  sebanyak  3.43.  Manakala  bagi  tahap  pelaksanaan  KBAT  dalam  kalangan
        guru dari aspek pentaksiran pula berada pada tahap tinggi dengan skor min sebanyak 3.55. Secara keseluruhannya,
        tahap pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru dari aspek perancangan dan pedagogi berada pada tahap sederhana
        manakala aspek pentaksiran berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini ialah guru perlu meningkatkan kemahiran
        pelaksanaan KBAT dari aspek perancangan, pedagogi dan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
        bahasa Melayu.

        Kata kunci: Guru bahasa Melayu, Kemahiran Berfikir  Aras  Tinggi, tahap pelaksanaan, perancangan, pedagogi,
        pentaksiran


                                                  ---------- +++++ ----------

                             Tahap Kefahaman Murid Tahun 6 Terhadap Nilai Keindahan Pantun
                                 Dalam Pengajaran Bahasa Melayu daripada Persepsi Guru

                                     Aiman Haziq Bin Hamzah, Azman Bin Rahmat, Ph.D

                                  IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
                                            aiman09-832@epembelajaran.edu.my

                                                         Abstrak

        Kajian ini merupakan sebuah tinjauan bagi mengkaji tahap kefahaman murid Tahun 6 terhadap unsur nilai keindahan
        pantun dalam pengajaran Bahasa Melayu daripada persepsi guru. Unsur keindahan pada pantun yang ingin diukur
        bersandarkan kepada Teori Puitika Sastera Melayu, dengan menggariskan tiga unsur utama iaitu bunyi-bunyi rima,
        pemilihan diksi, serta penyampaian maksud sesebuah pantun. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
        kuantitatif dan kaedah tinjauan. Kajian ini dijalankan kerana masih kurang kajian-kajian sebelumnya yang meninjau
        tahap kefahaman murid dan persepsi guru terhadap nilai-nilai keindahan dan estetika pada sesebuah pantun yang
        perlu dipelajari, dan lebih kepada penyelidikan berbentuk konsep, tema, metafora dan filosofi melalui analisis karya
        pantun semata-mata. Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 21 item, dan dipecahkan kepada tiga
        bahagian konstruk. Responden kajian ini terdiri daripada 72 orang guru yang mengajar Tahun 6 di daerah Petaling
        Utama, Selangor. Data yang dikumpul telah diproses menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences
        (SPSS) versi 26.0, dan diterangkan secara analisis statistik deskriptif. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran min
        dan sisihan piawai untuk menganalisis dapatan kajian tahap kefahaman murid Tahun 6 terhadap unsur bunyi-bunyi
        rima (Bahagian A), penggunaan dan pemilihan diksi (Bahagian B), dan akhir sekali ialah unsur penyampaian makna
        (Bahagian C). Kesimpulannya, data statistik deskriptif menunjukkan bahawa guru bersependapat tahap kefahaman
        murid terhadap unsur-unsur nilai keindahan pantun yang dipelajari menerusi PdPC berada di paras bacaan yang tinggi
        pada setiap bahagian.

        Kata kunci: tahap kefahaman, pantun, nilai, keindahan, Tahun 6

                                                                                                             7
 KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                         51
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58