Page 54 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 54

Pedagogi Bahasa Melayu: Visible Thinking Routine
                                    Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

                                      Sulita binti Ali, Hazliza binti Azali, Rizawati binti Aziz
                                      Nor Azura binti Mohamad, Ahmad Nazri bin Haron

                                                 sulitaali2607@gmail.com



                                                         Abstrak

        Pembelajaran abad ke-21 (PAK21) memberi penekanan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
        murid dengan guru berperanan sebagai pemudahcara. Pembelajaran yang aktif amat dititikberatkan sejajar dengan
        PAK21 yang mengandungi lima komponen iaitu 4K dan 1N. Komponen 4K yang seharusnya dikuasai oleh murid
        dalam pembelajaran abad ke-21 ialah komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif dan kreativiti serta penambahan 1N
        iaitu nilai.  Justeru, strategi guru untuk mempelbagaikan bahan dan aktiviti pengajaran dapat membantu murid dalam
        proses pembelajaran. Selaras dengan keperluan penyampaian guru berkaitan ilmu penulisan, kajian ini dilaksanakan
        untuk meneliti pemahaman dan amalan pedagogi guru Bahasa Melayu terhadap pembelajaran berasaskan “Visible
        Thinking Routine (VTRs)” dalam membantu murid-murid menjalani proses pemikiran secara lebih tersusun.  Visible
        Thinking Routine atau Rutin Berfikir Visual ini adalah prinsip berdasarkan kepada beberapa teori, pendekatan dan
        strategi yang bertujuan untuk mengintegrasikan pengembangan pemikiran murid-murid dalam pembelajaran. VTR ini
        memberi pendedahan kepada proses rutin berfikir yang berkualiti dalam membantu pemikiran murid agar dapat dilihat
        dengan jelas. Murid-murid sering kali bergantung kepada guru untuk membantu mereka bagi aktiviti yang dijalankan
        dan dengan ini telah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi sesuatu yang pasif. Sejajar
        dengan seruan kerajaan dalam memperkasakan pembelajaran abad ke-21, kajian ini memaparkan keberkesanan
        penggunaan VTRs yang dapat melatih murid-murid berfikir dan memberikan pendapat secara lebih tersusun dan
        kreatif. Malah, murid-murid juga memperlihatkan keyakinan yang tinggi sewaktu proses pembelajaran dijalankan dengan
        mengurangkan kebergantungan jawapan daripada guru. Penggunaan  VTRs yang berterusan dapat meningkatkan
        pencapaian murid dan mengelakkan rasa bosan dalam kalangan murid dengan adanya kolaborasi antara satu sama
        lain. Murid menunjukkan sikap bertanggungjawab yang lebih tinggi terhadap pembelajaran di dalam kelas.


                                                  ---------- +++++ ----------






































        KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                                                                                                                                         53
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59