Page 71 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 71

Strategi Kesantunan Berbahasa Hang Tuah Dalam Hikayat Hang Tuah: Satu Tinjauan

                                             Wan Roslina binti Wan Ismail, Ph.D

                                              IPG Kampus Sultan Abdul Halim
                                                 wanroslina@ipsah.edu.my

                                                         Abstrak

        Hang  Tuah merupakan pahlawan Melayu yang hebat, handal, dan disayangi oleh sultan-sultan yang memerintah
        Melaka. Sikap dan perwatakan Hang Tuah yang tampan dan penggunaan tutur kata yang amat santun telah menawan
        sesiapa sahaja yang berbicara dengannya. Kajian ini telah meneliti strategi kesantunan yang diamalkan oleh Hang
        Tuah dengan menggunakan konsep kesantunan yang diasaskan oleh Brown dan Levinson (1987) dan Asmah Haji
        Omar (2000). Kajian ini dianalisis melalui kajian perpustakaan iaitu buku teks, jurnal dan artikel. Hasil kajian mendapati
        bahawa amalan kesantuan berbahasa yang ditunjukkan oleh Hang Tuah sangat beradab dan amat mengetahui susun
        tertib bicara dan adab ketika berada di hadapan khalayak. Dapatan kajian menunjukkan ayat-ayat yang diungkapkan
        beliau penuh dengan ketertiban dan adab sopan sehingga telah memikat puteri-puteri raja dan boleh menjadi panduan
        dan suri teladan kepada generasi muda hari ini. Strategi kesantunan berbahasa Hang Tuah merupakan cerminan masa
        silam. Hal ini menunjukkan bahawa generasi ketika itu amat mementingkan budi bahasa. Oleh hal yang demikian,
        strategi kesantunan yang santun wajar diberi penekanan kepada generasi muda pada masa ini supaya mereka terus
        menjaga kesantunan berbahasa agar manis didengari serta baik tingkah lakunya. Implikasinya, strategi kesantunan
        berbahasa yang baik akan menjadi teras kepada ketamadunan sesebuah negara bangsa.

        Kata kunci: Strategi, kesantunan, adab, tertib, budi bicara, tingkah laku
                                                  ---------- +++++ ----------

                                     Tahap Kepuasan Terhadap Peluasan Kit Sokongan
                     Kurikulum Bahasa Melayu (CAKNA MINDA 2.0) Dalam Kalangan Guru Zon Sarawak

                                                      3
                   1 Johari Bin Jonid,  Anuar Bin Md. Amin,  Mohamad Asri Bin Ayob,  Mohd Zakuan Bin Abdullah
                                                                             4
                                   2
                                               1,4 IPG Kampus Bahasa Melayu
                                        2,3 Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Selangor
                                                  johari@ipgkbm.edu.my

                                                         Abstrak

        Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan terhadap Bengkel Peluasan Kit Sokongan Bahasa Melayu yang
        dilaksanakan pada 24 dan 25 Mei 2021. Seramai 40 orang guru dari Zon Sarawak telah memberi maklum balas secara
        atas talian.Kandungan bengkel peluasan pada hari pertama meliputi konsep kit dan penerangan enam elemen kit Cakna
        Minda 2.0, iaitu ayat, pemahaman, ulasan, karangan, peribahasa dan tatabahasa. Sementara kandungan bengkel pada
        hari kedua dilaksanakan secara sesi perbincangan kumpulan, pembentangan, refleksi, dan majlis penutupan rasmi.
        Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk ‘Pendekatan Kaedah Kajian Gabungan Penjelasan Berurutan’
        (Sequential Explanatory Design), iaitu secara tinjauan dan respon terbuka. Instrumens soal selidik skala Likert yang
        terdiri daripada lima aspek tahap kepuasan, iaitu kesedaran, keyakinan, kesediaan, keperluan, dan komitmen yang
        berasaskan Model SERVEQUAL yang diubah suai mengikut keperluan kajian . Refleksi lisan daripada wakil peserta
        kajian ini turut menggunakan kaedah refleksi lisan (oral reflection) dan respon terbuka (Unobstrusive measurements)
        untuk mendapatkan maklum balas  guru-guru. Data dianalisis secara peratusan dan sementara data maklum balas
        dianalisis secara deskriptif. Maklum balas positif secara keseluruhan terhadap tahap kepuasan peserta bengkel
        menunjukkan aspek kesedaran (100%), keyakinan (96.5%), kesediaan (97%), keperluan (95.5%), dan komitmen (95%).
        Rumusan respons terbuka pula mengutarakan tiga isu utama, iaitu keperluan peluasan kit dijalankan secara bersemuka
        dan capaian talian internet. Data ini amat bermakna sebagai usaha penambahbaikan kepada program peluasan kit dan
        tindak susul yang akan dilaksanakan pada masa yang akan datang. Implikasi dapatan kajian ini penting sebagai inisiatif
        peningkatan kualiti pengajaran guru sejajar dengan Pendidikan Abad ke-21.

        Kata kunci: Kit Cakna Minda, Peluasan kit, elemen

                                                                                                             7
 KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                         69
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76