Page 114 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 114

Kapasiti Aerobik



                 Kapasiti aerobik ialah keupayaan individu untuk kekal melakukan suatu aktiviti
                 yang  menggunakan  tenaga  aerobik  dalam  suatu  tempoh  masa.  Individu  yang
                 mempunyai tahap kapasiti aerobik yang baik mampu melakukan aktiviti fizikal
                 untuk  tempoh  yang  lama  sebelum  lesu.  Antara  aktiviti  yang  dapat  membantu
                 meningkatkan kapasiti aerobik ialah berjoging dan senamrobik.






                                                    Sebelum    memulakan     senaman    untuk
                                                    meningkatkan  kapasiti  aerobik,  kita  perlu
                                                    mengira  kadar  nadi  rehat  dan  kadar  nadi
                                                    maksimum  untuk  mendapatkan  kadar  nadi
                                                    latihan.  Formula  Karvonen  boleh  digunakan
                                                    untuk mengira kadar nadi latihan.






                                                        Nadi Ilmu
          Kecergasan
                                                    Untuk  mendapatkan  bacaan  Kadar Nadi Rehat
                                                    (KNR) yang tepat, ambil  denyutan nadi pada waktu pagi,
         7
                                                    sewaktu bangun daripada tidur. Dapatkan bacaan untuk
                                                    beberapa hari secara berturut-turut selama 60 saat pada
                                                    tiap-tiap bacaan.
                                                    Kadar Nadi Maksimum
                                                    Contoh pengiraan kadar nadi maksimum bagi murid
                                                    Tingkatan 1 (13 tahun).

                                                    Kadar Nadi Maksimum
                                                    = 220 – umur
                                                    = 220 – 13
                                                    = 207 dsm

                                                    Cara mengira Kadar Nadi Latihan (KNL)
                                                    KNL = KNM – KNR × Intensiti Latihan + KNR

                                                     Catatan:
                                                     KNM= Kadar Nadi Maksimum
                                                     KNR = Kadar Nadi Rehat
                                                     DSM = Denyutan Seminit





                106
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119