Page 120 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 120

Senaman Kelenturan



                 Kelenturan bermaksud keupayaan otot, tendon dan ligamen untuk membenarkan
                 sendi anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum. Peningkatan
                 dalam kelenturan berlaku apabila seseorang itu mempunyai otot yang anjal dan
                 sendi  yang  bebas  untuk  bergerak  sepenuhnya.  Kelenturan  dapat  ditingkatkan
                 melalui aktiviti regangan yang dilakukan dengan meregangkan otot semaksimum
                 yang boleh tanpa rasa sakit dan bertahan selama 30 hingga 60 saat.







                   •  Meningkatkan                                               •  Mengurangkan
                     prestasi dalam                                                 risiko mendapat
                     sukan.                                                         kecederaan.
                                                       Faedah

                                                     Memiliki
                                                    Kelenturan
                                                     yang Baik

          Kecergasan
                   •  Mewujudkan rasa                                            •  Mengurangkan
                     selamat dan selesa                                             rasa sakit dan
         7
                     semasa melakukan                                               tidak selesa semasa
                     aktiviti.                                                      melakukan kerja.








                           1.  Apakah kepentingan mempunyai kelenturan yang baik dalam kehidupan seharian?
                           2. Apakah yang akan berlaku sekiranya pengumpulan asid laktik dalam otot?
                           3. Nyatakan kepentingan melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum bersenam
                             dan aktiviti menyejukkan badan selepas bersenam.



                               Nadi Ilmu
                             Aktiviti  kelenturan  perlu  dilakukan  pada  bahagian  otot  spesifik.  Tahap
                             kelenturan yang baik dapat memberikan kebaikan kepada seseorang individu
                             jika latihan dilakukan mengikut kaedah yang betul dan berterusan.








                112
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125