Page 100 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 100

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 92

                       Melalui penggunaan token ini juga, responden didapati lebih bermotivasi dan
               mengikuti  pembelajarannya  dengan  lebih  berfokus  dan  dapat  menyertai  aktiviti
               kumpulan  dengan  agak  baik.  Tingkah  laku  positif  ini  adalah  gambaran  bahawa
               pencapaiannya dalam pengurangan tingkah laku negatif sehingga 80.65% itu telah
               berjaya  memberikannya  galakan  untuk  belajar  dan  bersama-sama  dalam  aktiviti
               kumpulan.

                       Penemuan  hasil  kajian  ini,  telah  disokong  dalam  kajian  Yasin  et  al.  (2019).
               Dalam kajiannya, beliau telah menggunakan kaedah token ekonomi untuk modifikasi
               tingkah laku disruptif murid masalah pendengaran. Kajian tersebut telah membuktikan
               bahawa kaedah token ekonomi mampu mengubah tingkah laku murid-murid sekolah
               rendah.

                      Kajian ini juga membantu pengkaji untuk mengubah tingkah laku responden A
               supaya lebih mudah dikawal berbanding sebelum intervensi dijalankan. Responden A
               telah mendengar arahan yang diberikan oleh guru ketika proses PdPc. Responden A
               juga dapat menumpukan perhatiannya ketika guru mengajar dan hanya akan keluar
               kelas setelah memita izin dan mendapat izin dari guru. Perubahan yang ketara dalam
               peningkatan kekerapan melakukan tingkah laku positif sebanyak 29 kali atau 82.86%
               dari  sebelumnya  hanya  4  kali  atau  11.43%  tingkah  laku  baik  telah  menunjukkan
               perubahan  yang  sangat  ketara.  Ini  memberi  sumbangan  besar  kepada  perjalanan
               kelas yang melibatkan murid-murid lain untuk belajar dan guru dapat mengawal kelas
               dengan lebih baik.

                      Dapatan  kajian  telah  menyatakan  dan  memaparkan  kepada  kita  bahawa,
               kedua-dua persoalan kajian telah dapat dijawab iaitu berlakunya pengurangan tingkah
               laku disruptif dan telah dapat mengubah tingkah laku menggangu tersebut kepada
               yang lebih baik, positif dan dapat mengikuti proses pembelajaran dengan lebih baik
               melalui  proses  pengaplikasian  teknik  penggunaan  token  Badge  Button  ke  atas
               responden

                      Token  ekonomi  merupakan  satu  cabang  teknik  pengurusan  tingkahlaku,
               kaedah ini merupakan salah satu kaedah terbaik melakukan modifikasi tingkah laku.
               Penggunaan token Badge Button ini turut disokong oleh kajian Narges et.al (2015)
               menunjukkan keberkesanan peneguhan menggunakan teknik token ekonomi dalam
               meningkatkan pencapaian akademik murid berkeperluan khas di Tehran. Daripada
               banyak teknik yang digunakan, teknik ini didapati sangat baik dan berkesan didalam
               menangani tingkah laku negatif serta membentuk tingkahlaku positif. Namun begitu
               setiap kali pemberian token dilakukan ia haruslah diselitkan peneguhan positif yang
               lain seperti pujian.

                         Ganjaran token yang diberikan pada setiap tingkah laku positif atau tingkah
                 laku  sasaran  muncul  akan  memberikan  motivasi  kepada  responden
                 menyelesaikan tugasan hingga habis, menunpukan perhatian semasa belajar dan
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105