Page 101 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 101

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 93

                 mengelakkan  diri  daripada  mengganggu  rakan.  Ini  bertepatan  dengan  konsep
                 pemberian ganjaran dan hukuman oleh Thorndike (1874-1949) dan Skinner (1904-
                 1990) yang telah dibincangkan dalam sains kelakuan sebagai aktiviti pengukuhan
                 dalam pembelajaran.

                      Merujuk kepada dapatan kajian dan perbincangan yang telah dilakukan oleh
               pengkaji, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan
               untuk  kajian  pada  masa  akan  datang.  Antaranya  dengan  memanjangkan  tempoh
               masa pelaksanaan sistem token ekonomi ini agar tingkah laku positif dapat dikekalkan
               dan menjadi perkara rutin yang konsisten. Teknik modifikasi tingkah laku bertindak
               berdasarkan tingkah laku yang diberikan ganjaran akan diulangi, manakala tingkah
               laku yang tidak diberikan ganjaran akan lupus. Selain itu, pendekatan jenis hukuman
               atau denda boleh juga dilaksanakan seiring dalam mengawal tingah laku bermasalah.
               Ini kerana dalam diri seorang murid berkeperluan khas terdapat pelbagai masalah
               tingkah laku yang lain dan pendekatan modifikasi tingkah laku yang pelbagai perlu
               digunakan.


               KESIMPULAN

               Menggunakan  kaedah  token  ekonomi  dalam  pengubahsuaian  tingkah  laku  murid-
               muird  bermasalah  pembelajaran  adalah  sangat  berkesan.  Penggunaan  token
               ekonomi juga merupakan sebagai salah satu peneguhan yang dapat membantu guru-
               guru membuat modifikasi tingkah laku yang tidak diingini kepada yang lebih positif.
               Responden  yang  disasarkan  penyelidik  dapat  mengekalkan  tingkah  laku  daripada
               perangai disruptif (mengganggu rakan-rakan dan sering tidak mengendahkan arahan
               guru)  akhirnya  dapat  memberi  perhatian  dan  tumpuan  semasa  pembelajaran
               berlangsung.

                       Di  dalam  prinsip  peneguhan  menyatakan  bahawa  tingkah  laku  dipengaruhi
               oleh akibat selepas tingkah laku ditunjukkan. Tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan,
               diteguhkan  atau  dilemahkan  berdasarkan  akibat  yang  diberikan.  Justeru,  guru
               digalakkan  menggunakan  peneguhan  positif  dalam  memodifikasikan  tingkah  laku
               MBK di dalam kelas.

                       Sebagai seorang guru dan pengkaji juga, menjadi satu amalan terbaik dalam
               penambahbaikan  PdPnya  dapat  membantu  melakukan  modifikasi  tingkah  laku
               kepada murid yang mempunyai tingkah laku disruptif atau megganggu. Akhirnya, guru
               dapat menghasilkan produk insan pembelajar yang boleh menumpukan perhatian dan
               belajar  bersama-sama  rakan-rakan  di  dalam  kelas  dan  mencapai  objektif
               pembelajaran dengan lebih bermakna.
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106