Page 117 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 117

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              Bagi menentukan penerimaan Model TAM dengan kesesuaian elemen-elemen
              yang dipilih dan kelemahan instrumen serta teknik yang dijalankan,  perlu
              melalui proses penilaian. Proses penilaian dibuat oleh tiga orang pakar. Pakar
              yang dipilih adalah guru yang tidak kurang dari lima tahun mengajar dan pakar
              dalam bidang sains komputer (IT) bagi mewujudkan kesesuaian kandungan dari
              segi bahasa dan struktur ayat yang mudah difahami oleh pelajar  menurut
              pandangan kajian emprikal Mohamad, (2020); Vargas Macias (2020); Riaz et al.
              (2021). Metodologi kajian diimplementasikan dari kajian lepas menggunakan
              tiga fasa iaitu  Fasa  I: Kajian  jurang  penyelidikan  dan  kajian  rintis,  Fasa  II:
              Cadangan pembangunan PD dan menentusahkan penerimaan Model TAM
              melalui penilaian pakar secara kuantitatif dan ujian bermain. Fasa III: Penilaian
              pakar sebelum, semasa dan selepas bermain sebuah permainan yang diberi nama
              Catch it!  berdasarkan penerimaan Model TAM dengan mengimplementasi
              metodologi Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar (RBBP) sekolah rendah.

              Kajian  awal penyelidikan  lalu,  soal selidik terhadap 120 respondan sekolah
              rendah dengan kajian melalui tiga PD sedia ada oleh tiga pakar. Model TAM
              digunakankan bersama bagi membentuk elemen baru melalui rujukan kajian
              literatur yang intensif dan analisis kandungan. Metodologi reka bentuk
              berpusatkan pelajar (RBBP). Soal selidik menggunakan instrument Elements of
              Perceived (EOP) bagi menilai skor menggunakan Model TAM selepas bermain.
              Tiga aplikasi permainan digital serius dan kasual dipilih untuk menguji kerangka
              proses yang dicadangkan untuk tiga alasan. Pertama aplikasi dengan permainan
              serius dan kesual relevan untuk dimain bagi dewasa dan kanak-kanak dimana ia
              adalah kriteria sasaran mudah.  Kedua  objektif  permainan  adalah  mengenai
              tingkah laku positif dan memberi pendidikan kepada pengguna yang sejajar
              dengan sekolah rendah dan reka bentuk permainan termasuk cabaran, watak,
              maklum balas, point dan level yang memberi fokus kepada kajian semasa. Ketiga
              permainan tersedia secara percuma untuk dimuat turun di Apple dan google
              store, ini dapat mengurangkan beban kewangan pemain untuk turut serta dalam
              kajian ini seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 bagi menggabungkan cir-ciri
              utama elemen dalam PD.

              Jadual 1:  PD yang digunakan dalam Proses Penilaian

               PD                        Tajuk                           Penerbit
                     Dumb Ways to Die                               Metro Trains in
               PD 1   PD dikembangkan untuk mempromosikan keselamatan   Melbourne, Victoria,
                     dan kesejahteraan di sekitar stesen kereta api   Australia
                     SIMCITY                                        Electronic Arts Inc. is
               PD 2  adalah permainan serius yang menmaparkan kemahiran  a global leader in
                     kreatif dalam rek abentuk bandar sendiri       digital interactive
                                                                    entertainment
                     Darfur is Dying                                Reebok Human Right
               PD 3   aplikasi yang dimainkan mempunyai ciri-ciri yang   and International
                     mana pemain mendapat mengalami pengalaman      Crisis Group
                     pelarian Darfur di Sudan.


                                                                                   112
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122