Page 118 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 118

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               DAPATAN KAJIAN

               Analisis data dan kajian eksperimen secara sistematik telah dijalankan mengikut
               tiga fasa DDR yang dibentangkan iaitu; Fasa I: Penyelidikan membincangkan
               dapatan dari jurang kajian lepas dan pelajar sekolah rendah dalam mereka bentuk
               PD yang menyeronokkan.

               Responden  kajian  terdiri daripada 120 pelajar Sekolah Rendah Arab Jaim
               Merlimau Pasir (SRAJMP), Jasin, Melaka. Jadual 2  menunjukkan  demografi
               responden (N= 120).

               Jadual 2:   Data Demografi Respondan

               Bilangan pengguna      Kategori       Kekerapan       Peratusan
               bermain PD                                (N)            (%)
                                  Lelaki                 41             34.2
               Jantina            Perempuan              79             65.8
                                  7-8                     1             0.8
               Umur               9-10                   85             70.8
                                  11-12                  29             24.2
                                  >12                     5             4.2
                                  Novis
                                  Sederhana               1             0.8
               Pengalaman dalam   Berpengalaman          50             41.7
               PD                 Sangat                 44             36.7
                                  berpengalaman          25             20.8
               Penerimaan PD yang   Tinggi               110            91.7
               dominan            Rendah                 10             8.3

               Fasa  II:  Cadangan  pembangunan  membincangkan  dapatan  proses  yang
               dijalankan dalam mereka bentuk konseptual penerimaan model, proses penilaian
               pakar yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dan ujian bermain. Dan
               membincangkan pembangunan dapatan setelah mereka bentuk prototaip PD
               berdasarkan Model TAM dengan mengimplementasikan metodologi reka bentuk
               Berpusat Pelajar (RBBP).

               Dapatan kajian melalui penilaian tiga pakar sama ada PD yang dipilih (Jadual 1)
               memenuhi ciri reka bentuk bagi pelajar sekolah rendah atau tidak dari segi garis
               panduan penilaian khusus buat  pelajar sekolah rendah. Tiga pakar
               berpengalaman dalam akademik dalam bidang reka bentuk teknologi bersetuju
               secara umumnya ketiga-tiga PD yang dinilai ada yang tidak memenuhi garis
               panduan dalam mereka bentuk PD bagi pelajar sekolah rendah. Selain itu, prinsip
               reka bentuk yang ditekankan adalah reka bentuk yang  menyeronokkan, fleksibel
               dan efisen sesuai dengan kekangan fizikal bagi pelajar sekolah rendah. Dapatan
               penilaian PD dari pakar mendapati elemen yang dinyatakan mendapat skor yang




                                                                                   113
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123