Page 55 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 55
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
ISU DAN CABARAN PERLAKSANAAN PBD
DALAM NORMA BAHARU
3
¹Rosnah@Nining Sidek, Phd., ²Bustam Daman, & Mohd Saiful Bahri Bustam
1 IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah
²IPG Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
³SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah
niningrosnah@gmail.com
ABSTRAK
Pelaksanaan PdP atas talian agak mencabar kerana kekangan internet yang terhad
terutamanya di kawasan pedalaman menyebabkan keberkesanan proses PdP
terjejas. Proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) harus diteruskan
walaupun ianya kurang berkesan dari aspek komunikasi, pemerhatian dan
pemahaman pelajar. Situasi ini menyebabkan pembelajaran dua hala antara guru
dan murid sukar untuk dipraktiskan berbanding dengan proses PdP secara
berdepan dalam keadaan realiti. Semasa PdPR, guru menggunakan pelbagai
aplikasi seperti Google Meet, Whatsapp, Telegram, Facebook, Quizziz, Google
Form, Youtube Video dsb. Dalam kajian ini, responden terdiri daripada guru-
guru interim yang sedang mengikuti program PDPP Ambilan Jun 2020 di IPGK
Kent. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif, data dikutip atas talian melalui
penulisan laporan refleksi tentang perlaksanaan PBD di sekolah masing-masing.
Dapatan kajian mengesan, isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh responden
bagi melaksanakan PBD dalam PdPR adalah dari sudut tahap kesediaan guru
tersebut. Kebanyakan guru interim menghadapi kecelaruan, ketidakyakinan dan
stres semasa melaksanakan PBD dalam PdPR.
Kata kunci: PBS, PS, PBD, PA, PdP dan PdPR
ABSTRACT
The implementation of online learning is quite challenging as the limited internet
constraints especially in remote areas cause the effectiveness of the teaching and
learning process to be affected. The home-based teaching and learning process
should be continued even if it is less effective in terms of communication,
observation and understanding of students. This situation makes two -way
learning between teachers and students difficult compared to the face -to -face
learning process in reality situations. During online learning, teachers use
various applications such as Google Meet, Whatsapp, Telegram, Facebook,
Quizziz, Google Form, Youtube Video and so on. In this study, the respondents
50

