Page 56 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 56

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               consisted of interim teachers at IPGK Kent. The design of the study was
               qualitative, data were collected online through the writing of reflective reports
               on the implementation of PBD in their respective schools. The findings of this
               study detect, the main issues and challenges faced by  teachers  to implement
               PBD in the new norm in terms of the level of readiness of the teachers. Most
               teachers face confusion, insecurity and stress while implementing  PBD and
               Home-based teaching and learning.

               Keywords: PBS, PS, PBD, PA, PdP and PdPR


               PENDAHULUAN

               Pentaksiran  merupakan  suatu  bahagian utama dalam proses pengajaran  dan
               pembelajaran (PdP). Ia menggambarkan proses berterusan yang merangkumi
               aktiviti merancang, membina instrumen, pengumpulan maklumat, melaksanakan
               penilaian, penginterpretasian, perekodan dan pelaporan maklumat mengenai
               prestasi pelajar untuk membantu guru membuat keputusan (Ying et al., 2017).
               Pentaksiran  yang  baik  merangkumi  kesahan,  kebolehpercayaan,  keobjektifan,
               mudah tadbir dan mudah tafsir. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
               merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik
               dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu
               Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan
               akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
               Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).  Rajah 1
               menunjukkan empat komponen dalam PBS. PS dikenali sebagai Pentaksiran
               Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016.















                        Rajah 1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

                PBD  mengekalkan  semua konsep  PS  dan melibatkan penentuan tahap
               penguasaan (TP) murid dalam setiap mata pelajaran. Standard Prestasi, Standard
               Kandungan  dan  Standard  Pembelajaran  terdapat  dalam  Dokumen  Standard
               Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum
               Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah


                                                                                     51
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61