Page 58 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 58

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               guru boleh menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti secara bertulis dan
               pemerhatian. Kedua-dua kaedah tersebut dipilih kerana ianya lebih mudah
               dikendalikan dengan pelibatan ibu  bapa sebagai penyampai maklumat kepada
               murid.


               KAJIAN LITERATUR

               Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menanamkan hasrat dan tekad untuk
               menaik  taraf kualiti kemenjadian murid sejajar dengan aspirasi meletakkan
               Malaysia dalam kelompok terbaik dunia (KPM, 2013). Guru dikehendaki untuk
               mengajar berpandukan standard pembelajaran, manakala standard prestasi pula
               digunakan untuk menilai tahap prestasi kefahaman dan pengusaan murid.
               Penilaian  standard  prestasi  perlu  berpandukan  rubrik  yang  sesuai  agar  dapat
               menilai tahap penguasaan murid dengan lebih tepat dan adil (Azizi, 2016).
               Menurut Azizi (2019), guru adalah insan yang melaksanakan dasar kurikulum
               untuk mencapai matlamat yang digariskan. Oleh itu, guru perlulah mempunyai
               pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar proses PdP di bilik darjah
               terlaksana mengikut objektifnya. Manakala, Noor Hanim et al., (2020),
               menyatakan pendidikan menjadi faktor utama membangunkan negara dalam
               zaman revolusi industri 4.0, di mana murid perlu diberikan pendidikan yang
               berkualiti, berdaya maju, dan sanggup mengharungi cabaran digital di masa
               hadapan.

               Pentaksiran  ialah  satu  proses  sistematik  yang  penting  dalam  PdP.  Ia  perlu
               dimulakan dengan menetapkan objektif pembelajaran untuk memastikan
               pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran dan membuat pertimbangan
               mengenai tahap pencapaian tersebut (Boon et al., 2017).  PBD  bertujuan
               menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif iaitu
               Pentaksiran  Untuk  Pembelajaran  dan  juga  Pentaksiran  Sebagai  Pembelajaran.
               PBD  boleh  berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas
               sesuatu tempoh yang bersesuaian melalui pentaksiran sumatif. Pentaksiran ini
               dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Cikgu Hailmi, 2018).


















                                Rajah 2: Pentaksiran Formatif dan Sumatif
                                                                                     53
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63