Page 57 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 57

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard
              Sekolah Menengah (KSSM). PBD merupakan satu kaedah yang diperkenalkan
              untuk mengukur proses perkembangan pembelajaran murid secara berterusan
              (Jacob & Parkinson, 2015). Proses ini berbeza berbanding dengan peperiksaan
              yang hanya mengukur pembelajaran murid di hujung proses pembelajaran.
              Kedua-dua konsep ini mempunyai satu perbezaan yang agak ketara,
              memandangkan peperiksaan adalah lebih bersifat pentaksiran sumatif manakala
              PBD  adalah  lebih  bersifat  pentaksiran  formatif.  Peperiksaan  dan  pentaksiran
              adalah dua proses yang berbeza,  guru harus mempunyai pengetahuan yang
              mendalam dalam mengendalikan kedua-dua proses ini.

              Pentaksiran Alternatif (PA) merujuk kepada pelbagai aktiviti selain peperiksaan
              untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran murid dan
              ia seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berfokus
              kepada perkembangan dan kemenjadian  pelajar secara holistik. Oleh itu, guru
              melaksanakan PdPR ketika pandemik  COVID-19  boleh menggantikan kaedah
              pentaksiran konvensional dengan PA. Guru boleh memilih kesesuaian PA
              berdasarkan kaedah PdPR. Antara PA untuk pembelajaran boleh dilaksanakan
              secara dalam talian ialah kuiz, e-permainan (gamification) dan aktiviti soal jawab
              semasa kelas dalam talian. Kuiz dalam talian menggunakan konsep sama seperti
              kuiz konvensional semasa pembelajaran bersemuka. Bezanya pelaksanaan kuiz
              menggunakan media dalam talian. Bentuk kuiz boleh dijalankan secara ujian
              subjektif atau ujian objektif. PBD bertujuan untuk (i) membantu dalam membuat
              keputusan dalam PdP; (ii) memberi bimbingan pembelajaran dan kerjaya; (iii)
              penyelidikan berasaskan data; (iv) menentukan aspek pentadbiran; dan (v)
              memberi motivasi kepada murid. PA untuk pembelajaran luar talian ialah
              pembelajaran menggunakan modul. Guru boleh memuat turun bahan modul
              pelajaran lengkap di Portal Rasmi Bahagian  Pembangunan  Kurikulum  (BPK)
              melalui laman web rasminya.

              Terdapat juga guru mengambil inisiatif membina sendiri modul dalam bentuk
              hardcopy. Modul ini mengandungi aktiviti relevan dengan topik tertentu. Murid
              disaran menggunakan pengalaman sendiri bagi menyelesaikan tugasan diberikan.
              Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan
              Pengajaran  Harian  (RPH)  yang  ditetapkan. Pentaksiran dalam modul dapat
              mengukur penguasaan murid. Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk
              disemak atau ditaksir secara serahan tangan atau melalui medium WhatsApp atau
              Telegram. Cadangan PA menjadi pilihan kepada guru untuk menambah baik
              instrumen pentaksiran sedia ada dan seterusnya menambah baik keberkesanan
              pelaksanaan PdPR yang dijalankan semasa pandemik  COVID-19. Pentaksiran
              berkualiti dapat menyumbang kepada pembentukan murid berkualiti dan
              berkemahiran daripada semua aspek serta meningkatkan keberkesanan PdP.
              Selama  penutupan  sekolah  yang  disebabkan  oleh  pandemik  COVID-19, guru-
              guru dikehendaki melaksanakan sesi PdPR dengan bantuan ibu bapa sebagai
              pengantar antara murid dan guru. Mengikut    kesesuaian situasi yang dialami,

                                                                                   52
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62