Page 59 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 59
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Menurut Boon et. al., (2017), tujuan pentaksiran termasuk membuat keputusan
dan tindakan instruksional, bimbingan, pentadbiran, penyelidikan dan inovasi
sebagai motivasi kepada murid. Pentaksiran tentang Pembelajaran merujuk
strategi yang dibina untuk mengukur sesuatu yang murid tahu, menunjukkan
sama ada mereka memenuhi hasil kurikulum atau hasil pembelajaran suatu
program. Pentaksiran untuk pembelajaran adalah pentaksiran yang direka bentuk
untuk merangsang pembelajaran murid melalui sokongan yang berterusan dan
bimbingan yang berkesan. PBD melibatkan Pentaksiran Untuk Pembelajaran,
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran dan Pentaksiran Tentang Pembelajaran
ditunjukkan seperti dalam Rajah 2 dan perinciannya di dalam jadual 1.
Jadual 1: Perincian mengenai Pentaksiran Untuk Pembelajaran, Pentaksiran
Sebagai Pembelajaran dan Pentaksiran Tentang Pembelajaran
Pentaksiran untuk Pentaksiran sebagai Pentaksiran tentang
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran
Kenapa Membolehkan guru- Membimbing dan memberi Mengesahkan atau
mentaksir? guru menentukan peluang kepada setiap murid memaklumkan kepada
langkah untuk untuk memantau dan membuat ibu bapa tentang
penambahbaikan dalam refleksi tentang pembelajaran kemahiran murid
meningkatkan masing-masing dan mengenal berhubung dengan
keberkesanan pasti langkah-langkah hasil pembelajaran
pembelajaran murid. seterusnya. kurikulum.
Apa yang Pencapaian dan Pemikiran setiap murid Sejauh manakah
hendak keperluan pembelajaran mengenai pembelajarannya, murid boleh
ditaksir ? setiap murid berhubung apakah strategi yang digunakan mengaplikasikan
dengan hasil kurikulum. untuk menyokong atau konsep utama,
mencabar pembelajaran itu, dan pengetahuan,
mekanisme yang digunakan kemahiran dan sikap
untuk menyesuaikan diri dan yang berkaitan
memajukan pembelajaran dengan hasil
masing-masing. kurikulum.
Apakah Pelbagai kaedah dalam Pelbagai kaedah dalam Pelbagai kaedah yang
kaedah untuk pendekatan yang pendekatan yang berbeza untuk berbeza pendekatan
mentaksir? berbeza untuk mentaksir mendapatkan proses yang menilai kedua-
dan memahami pembelajaran dan meta-kognitif dua produk dan
kemahiran murid secara murid. proses.
jelas.
Kepastian •Ketepatan dan •Ketepatan dan ketekalan murid •Ketepatan, konsisten,
Kualiti ketekalan •Refleksi kendiri, pemantauan dan keadilan dalam
pemerhatian dan tafsiran diri, dan pelarasan diri pertimbangan
pembelajaran murid • Pelibatan pelajar dalam berdasarkan
•Jelas, hasil mencabar pemikiran sendiri maklumat yang
pembelajaran •Pelajar mencatat pembelajaran berkualiti
secara terperinci mereka sendiri •Jelas, hasil
•Tepat, nota terperinci pembelajaran yang
untuk maklum balas terperinci
deskriptif • Pelaporan sumatif
untuk setiap murid yang adil dan tepat
54

