Page 83 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 83
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Jadual 8: Wilcoxon Signed Ranks Test (Ujian Pasca dan Ujian Pra)
Ranks
N Mean Rank Sum of Ranks
a
Negative Ranks 0 .00 .00
b
Markah Ujian Pasca Positive Ranks 30 15.50 465.00
c
Markah Ujian Pra Ties 0
Total 30
A. Markah Ujian Pasca < Markah Ujian Pra
B. Markah Ujian Pasca > Markah Ujian Pra
C. Markah Ujian Pasca = Markah Ujian Pra
Berdasarkan analisis data melalui Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar
(Jadual 9), didapati bahawa nilai kesignifikanan kurang daripada .05 (sig = .000),
justeru Ho yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
1
dalam min ujian pra dan ujian pasca antara sebelum penggunaan JPM dan
selepas penggunaan JPM dalam kalangan murid sekolah rendah berjaya ditolak.
Sebagai rumusan, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam min ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian (z = -4.832;
sig = .000). Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara
signifikan berbanding dengan min ujian pra. Justeru, JPM yang diperkenalkan
mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam kalangan sampel
kajian.
Jadual 9: Ujian Wilcoxon untuk Sampel Bersandar (Markah Ujian Pasca dan
Markah Ujian Pra)
a
Test Statistics
Markah Ujian Pasca Markah Ujian Pra
b
Z -4.832
Asymp. Sig. (2-tailed) .000
a. Wilcoxon Signed Ranks Test
b. Based on negative ranks.
Perbezaan dalam Min Tempoh Masa Menyelesaikan Satu Soalan
Penukaran Unit Masa antara Sebelum dan Selepas Penggunaan JPM dalam
Kalangan Murid Sekolah Rendah
Dalam kajian ini, Ujian Wilcoxon untuk sampel bersandar telah digunakan untuk
menguji hipotesis nol kedua pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Jadual 10
menunjukkan taburan min tempoh masa dan sisihan piawai bagi menyelesaikan
satu soalan Penukaran Unit Masa Sukatan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pengurangan tempoh masa yang
digunakan untuk menyelesaikan satu soalan Penukaran Unit Masa dalam Ujian
Pasca berbanding dengan Ujian Pra iaitu sebanyak 93.53 saat per soalan (78.8%).
78

