Page 16 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 16
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
tindakan tegas dengan menghantar 11 pasukan tentera agar mereka kembali kepda
Islam. Sebahagian mereka telah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan seperti
Thulaihah al-Khuwailid. Manakala golongan yang ingkar berjaya dihapuskan.
4. Golongan Ahl al-Ayyaam.
Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar telah menguasai dan
membuka tanah di wilayah Iraq, Syam dan Mesir. Peneroka-peneroka yang menyertai tentera Islam membuka
tanah dan menetap di wilayah Iraq dibahagi kepada 3 golongan iaitu Ahl al-Ayyam, Muhajirin dan Ansar serta
bekas golongan murtad.
Ahl al-Ayyam terdiri daripada suku Arab seperti suku Syaiban. Jumlah mereka seramai 2 ribu orang. Antara
pemimpin mereka termasuk al- Ashtr, Malik bin Harith, Hijru bin Adi al- Kindi dan Yazid bin Qais. Mereka diberi
kuasa mentadbir ladang-ladang daan tanah di wilayah Iraq termasuk memungut sebahagian cukai kharaj
sebagai mengenang jasa terhadap kerajaan Islam
5. Golongan al-Qurra
Golongan ini berasal dari Ahl al-Ayyam namun dibezakan dengaan keanggotaannya iaitu tidak terdapat
golongan bekas murtad (al-Riddah). Peranan golongan ini sama seperti Ahl al-Ayyam iaitu mereka diberi
amanah dan kuasa untuk mentadbir tanah di Iraq. Mereka menggelar diri mereka sebagai al-Qurra (orang-
orang kampung) bagi menjagaa status dan membezakan daripada golongan Ahl al-Ayyam yang lain terutama
bekas golongan murtad.
Pada zaman khalifah Uthman bin Affan sebahagian mereka memberontak keran isu pengambilan kuasa
pentadbiran tanah dan cukai kharaj di wilayah Iraq oleh puak-puak Quraisy dan ketua kabilah yang menyokong
polisi khalifah Uthman. Golongan ini dipercayai bertanggungjawab terhadap pembunuhan khalifah Uthman.
Mereka memberi sokongan kuat kepada Khaliffah Ali bin Abi Talib terutama dalam Perang Jamal daan perang
Siffin.Setelah tamat Perang Jamal, golongan al_Qurra berpaling tadah dan menentang khalifah Ali. Mereka
kemudian dikenali sebagai golongan Khawarij.
6. Golongan Syiah.
Mereka merupakan penyokong kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib. Majoriti golongan ini terdapat di
Kufah sehinggakan khalifah Ali bin Abi Talib terpaksa memindahkan pusat pentadbirannya ke sana ketika
menghadapi konflik dalaman. Namun, golongan ini akhirnya berpecah kepada 2 kumpulan ekoran tindakan
khalifah Ali bin Abi Talib menerima usaha perdamaian (Majlis Tahkim) bagi menamatkan Perang Siffin
7. Golongan Khawarij
Mereka terdiri daripada bekas tentera khalifah Ali bin Abi Talib dalam Perang Jamal dan Perang Siffin. Namun,
mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dan Majlis Tahkim dengan tentera
Muawiyah dalam Perang Siffin. Mereka tidak bersetuju dengan Majlis Tahkim menyebabkaan golongan ini
mengelar diri mereka sebagai Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan umat Islam harus
dipertanggungjawabkan ke atas khalifah Ali Muawiyah bin Abu Sufian dan Amru bin al-As. Golongan ini juga
yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan kerajaan Khulafa al-Rasyidin dengan bertindak membunuh
Khalifah Ali bin Abi Talib pada tahun 661.
8. Golongan Berkecuali
Mereka terdiri daripada golongan Arab yang tidak mahu terlibat dalam konflik berdarah antara khalifah
Ali dan Muawiyah kerana tidak mengetahui isu sebenar yang berlaku. Golongan ini menetap di Mekah (Hijaz).
Antara mereka termasuk Saidatina Aisyah dan Zubair al-Awwam yang tinggal di Mekah atas faktor keselamatan
diri dan keluarga selepas berlaku pembunuhan ke atas khalifah Uthman al-Affan.
9. Golongan bukan Arab (Mawali)
Mereka merupakan golongan bukan Arab yang beragama Islam. Golongan ini muncul kesan daripada peluasan
kuasa kerajaan Islam ke kawasan-kawasan luar Semenanjung Tanah Arab seperti Mesir, Sham, Iraq dan
17

