Page 17 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 17

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      Mesir pada zaman khalifah Umar bin al-Khattab. Golongan ini turut mendapat hak
                                      sebagaimana orang beragama Islam termasuk sebagai pegawai kanan kerajaan di
               peringkat pusat dan wilayah berjaya disatukan melalui pembetukan ummah berdasarkan aqidah Islamiah.

               KESIMPULAN
               Masyarakat yang wujud pada zaman Khulafa al-Rasyidin semakin kompleks seiring dengan dasar perluasan
               wilayah. Berlaku perkembangan pelbagai budaya, bahasa dan adat. Telah berlaku asimilasi dan perkembangan
               pelbagai budaya, bahasa dan adat pada era tersebut. Masyarakat pelbagai bangsa dan keturunan ini berjaya
               disatukan melaluim pembentukan ummah berdasarkan akidah Islamiyah.


               Soalan 6 : Sejauh manakah Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk Madinah pada zaman Nabi
               Muhammad s.a.w

               PENGENALAN
                  Piagam  Madinah  atau  Sahifah  Madinah  merupakan  perlembagaan  bertulis  yang  pertama  di  dunia.
               Perlembagaan ini digubal oleh Nabi Muhammad s.aw berasaskan wahyu. Piagam Madinah terdiri daripada 47
               fasal. 23 fasal bahagian pertama membincangkan hubungan dan tanggungjawab dalam kalangan orang Islam.
               Manakala 24 fasal dalam bahagian kedua menyentuh tanggungjawab kaum Yahudi terhadap negara Islam
               Madinah. Penggubalan Piagam Madinah adalah untuk menyatupadukan masyarakat majmuk yang di Madinah.

               ISI-ISI PENTING
               1.  Berjaya mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan umat Islam
               Piagam Madinah berjaya mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan umat Islam. Nabi Muhammad saw
               telah mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj di bawah satu nama golongan Ansar. Seterusnyan nabi
               Muhammad telah mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhaajirin. Piagam ini menyeru masyarakat Islam
               iaitu golongan Muhajirin dan golongan
               Ansar hidup besatu padu dan saling membantu. Konsep ukhwah Islamiah saling ditekankan demi mengeratkan
               hubungan persaudaraan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit. Konsep ini
               merupakan satu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa yang penuh dengan keimanan kepada Allah swt
               dan rasulnya. Persaudaraan dan persahabatan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang padu dan kukuh,
               serta mempunyai kerjasama yang erat. Situasi ini Berjaya melahirkan masyarakat yang cintakan kedamaian
               dan  kesejahteraan hidup

               2.  Berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk.
                  Perlembagaan Madinah juga berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk di Madinah. Sahifah ini dapat
               menjalinkan hubungan baik antara orang Islam dan bukan Islam Madinah. Hubungan ini adalah berdasarkan
               konsep hormat menghormati dan tanggungjawab bersama., agar anggota masyarakat dapat hidup aman dan
               damai. Piagam Madinah membawa  perubahan dan perlembagaan masyarakat dari segi nilai tradisi jahiliyah
               yang mementingkan         assabiyah kepada nilai-nilai Islam. Piagam Madinah dalam Fasal 24 hingga 47 dengan
               jelas             meyentuh tentang tanggungjawab kaum Yahudi terhadap negara Islam Madinah

               3.  Berjaya membentuk kebebasan hak asasi yang sama rata
                      Piagam Madinah berjaya membentuk kebebasan hak asasi yang sama rata. Sebelum penghijrahan
               dan pembentukan Piagam Madinah, nilai-nilai jahiliyah diamalkan. Dalam sistem sosial ini kedudukan dan hak
               seseorang  individu  ditentukan  berdasarkan  kaum  masing-masing.  Melalui  Piagam  Madinah  setiap  anggota
               masyarakat  diberi  yang  sama  rata.  Tidak  ada  peluang  untuk  orang  Yahudi  menindas  orang  yang  lemah.
               Keadaan ini berjaya menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah. Kebebasan yang dimaksudkan
               dalam Sahifah Madinah ialah kebebasan diri, kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan bersuara
               dan  sebagainya.  Kebebasan  ini  yang  meliputi  segala  aspek  kehidupan  dijamin  selagi  ia  tidak  bercanggah
               dengan syariat Islam. Masyarakat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan akan melahirkan kesepaduan
                                                                                                               18
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22