Page 18 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 18

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      dalam masyarakatdi Madinah.


               4.  Berjaya menekan konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk
                      Piagam Madinah juga berjaya menekan konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk.
               Piagam ini berjaya mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan golongan kaya ke atas golongaan miskin
               kerana dapat meratakan kekayaan antara anggota maasyarakat. Keadilan pula menjadi tanggungjawab setiaap
               anggota untuk dilaksanakan selaras dengan menjaminkan keselamatan akal, diri, harta benda, agama daan
               keturunan. Amalan-amalan ini dapat menghindarkan keburukan dan sebaliknya mewujudkan keadaan aman
               dan tenteram. Piagam Madinah berjaya menyekat dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman.

               5.  Menjamin kebebasan kepada kaum Yahudi
                      Satu  lagi  kejayaan  Piagam  Madinah  ialah  jaminan  kebebasan  kepada  kaum  Yahudi.  Golongan  ini
               paada  mulanya  berminat  untuk  menguasai  Madinah.  Dengan  mempertimbangkan  isu  ini,  Piagam  Madinah
               menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain. Semua anggota
               masyarakat Madinah bebas untuk menganuti dan mengamalkan ibadat mereka sendiri. Jaminan ini berjaya
               menghalang kaum Yahudi daripada menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan
               sesama sendiri. Islam memberikn kebebasan beragama kepada golongan bukan Islam. Tiada paksaan dalam
               pegamalan  agama  dan  kepercayaan.  Ini  bermakna  masyarakat  Yahudi  tidak  boleh  memaksa  orang-orang
               Madinah  untuk  menganut  agama  mereka  atau  menindas  orang  yang  lemah.  Jika  mereka  mematuhi
               perlembagaan ini, maka mereka dijamin perlindungan dan keselamatan

               KESIMPULAN
                      Piagam Madinah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam
               di Madinah. Piagam ini dirujuk dalam usaha menyelesaikan masalah sosiopolitik masyarakat Madinah. Sahifah
               Madinah dapat membentuk masyarakat yang bertamadun dan berdaulat Tanah Arab.



               Soalan 7 : Shaifah Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Analisiskan  kandungan utama
               Piagam Madinah

               PENDAHULUAN
                      Nabi  Muhammad  SAW  adalah  pengasas  negara  dan  pentadbiran  Islam  di  kota  Madinah.  Sebagai
               seorang negarawan, baginda telah mengatur strategi dan perancangan yang teliti bagi mewujudkan sebuah
               negara Islam yang berdaulat. Nabi Muhammad SAW telah menggubal Piagam Madinah berdasarkan al-Quran
               dan  hadis  untuk  diterima  pakai  serta  dijadikan  panduan  kepada  setiap  warga  Madinah.  Piagam  Madinah
               mengandungi  47  fasal.  23  fasal  menyentuh  tentang  hubungan  umat  Islam  dengan  kaum  Yahudi  dan
               tanggungjawab  mereka terhadap negara Islam Madinah. Oleh itu, terdapat enam kandungan utama  dalam
               Piagam Madinah.

               ISI-ISI PENTING

               1.  Pertama sekali, Piagam Madinah telah dibentuk berdasarkan wahyu dan norma  masyarakat. Hal ini kerana
                   penduduk  Madinah  terdiri  daripada  pelbagai  lapisan  masyarakat  yang  berbeza  dari  segi  agama  dan
                   budaya. Mereka sememangnya memerlukan sebuah undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan
                   keamanan hidup. Misalnya, orang Islam, Yahudi dan Musyrikin. Implikasinya, Nabi Muhammad SAW telah
                   membentuk Piagam Madinah untuk menjadi pedoman sebuah negara berdaulat.
               2.  Nabi Muhammad SAW menjadi ketua Negara yang melibatkan juga peranan baginda sebagai ketua hakim
                   dan  ketua  agama.  Sebarang  masalah  yang  dihadapi  oleh  masyarakat  Madinah  perlu  dirujuk  kepada
                   baginda untuk diselesaikan tanpa mengira bangsa dan agama. Namun begitu, semua kaum mempunyai
                   hak untuk menyelesaikan masalah mereka  sendiri kecuali yang di luar bidang kuasa mereka. Umpamanya,
                   Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai pemimpin Negara Islam bukan sahaja oleh masyarakat Madinah
                                                                                                               19
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23