Page 19 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 19

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      tetapi penduduk di luar kota Madinah termasuklah kota Makkah. Akibatnya, baginda
                                      mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar dan menyelesaikan sebarang masalah
                   yang timbul di kota Madinah.

               3.  Kandungan berkaitan pengenalan konsep ummah. Jelaslah bahawa mereka tidak boleh hidup bermusuhan
                   sebaliknya wajib bekerjasama antara satu sama lain. Namun begitu, konsep ini tidak bertahan lama ekoran
                   tindakan kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam Madinah. Tindakan sedemikian menyebabkan mereka
                   diusir keluar dari kota Madinah. Sebagai contoh, konsep ummah merangkumi masyarakat Islam yang terdiri
                   daripada golongan Muhajirin dan Ansar, sementara masyarakat bukan Islam merupakan kaum Yahudi, iaitu
                   Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa‟. Kesannya, selepas kaum Yahudi diusir keluar, konsep
                   ummah  lebih  merujuk  kepada  warga  Madinah  yang  beragama  Islam  dan  mentaati  kepimpinan  Nabi
                   Muhammad SAW.

               4.  Kandungan  yang  berhubung  dengan  keselamatan  negara.  Hal  ini  dilihat  bahawa  masyarakat  Madinah
                   sama ada Islam atau bukan Islam wajib mempertahankan kota Madinah apabila diancam oleh pihak musuh.
                   Mereka juga dilarang membuat sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa lain tanpa memaklumkan kepada
                   pihak  pemerintah.  Hukuman  yang  keras  akan  dikenakan  kepada  pihak  yang  tidak  mematuhi  larangan
                   berkenaan. Misalnya, orang Islam dan bukan Islam khasnya kaum Yahudi tidak boleh membuat sebarang
                   pakatan  dengan  mana-mana  musuh  negara  Islam.  Tegasnya,  sebarang  bentuk  pengkhianatan  dan
                   perjanjian dengan musuh-musuh Negara hendaklah dihindari.

               5.  Kandungan  seterusnya  dalam  Piagam  Madinah  adalah  tanggungjawab  orang  Islam,  hidup  saling
                   bekerjasama. Jelas dapat dilihat, Piagam Madinah telah memperuntukkan kewajipan kepada setiap muslim
                   untuk hidup bersaudara, sentiasa mematuhi hukum Allah SWT dan rasul-Nya serta mengamalkan akhlak
                   Islam  yang  terpuji.  Menerusi  penggubalan    fasal  ini  menggambarkan  kejayaan  Nabi  Muhammad  SAW
                   menghapuskan semangat  assabiyah dalam kalangan masyarakat kota Madinah terutamanya kaum Aus
                   dan Khazraj. Misalnya, orang Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang telah dibantu
                   oleh saudara seagama mereka iaitu orang Ansar. Kesannya, konsep persaudaraan, persamaan taraf serta
                   “amal ma’ruf nahi mungkar” hendaklah dilaksanakan.
               6.  Hak orang bukan Islam merujuk kepada kebebasan beragama. Jelas bahawa kaum Yahudi           atau
                   mana-mana  golongan  yang  bukan  beragama  Islam  terjamin  keselamatan  mereka  selagi  taat  kepada
                   Piagam Madinah. Mereka bebas mengamalkan agama dan adat masing- masing selagi tidak mewujudkan
                   masalah kepada pentadbiran kota Madinah khususnya dan masyarakat Islam Madinah amnya. Menerusi
                   pergaulan mereka, orang bukan Islam dapat melihat akhlak dan personaliti orang Islam serta ibadah solat
                   yang dilakukan oleh orang Islam dengan disiplin tertentu.  Keadaan ini telah  menarik orang buka Islam
                   memeluk agama Islam. Sebagai contoh, Khalid bin al-Walid dan Abdullah bin Salam. Kedua-duanya pada
                   satu  masa  dahulu  adalah  penentang  agama  Islam  yang  kuat  tetapi  akhirnya  telah  memeluk  Islam.
                   Tegasnya,  fasal  ini  menggambarkan  keadilan  agama  Islam  yang  tidak  memaksa  mana-mana  pihak
                   menganut agama Islam.

                   KESIMPULANNYA
                       Piagam Madinah merupakan undang-undang tertinggi negara Islam Madinah. . Nabi Muhammad SAW
                   memberi contoh yang baik menerusi suatu pemerintahan dan pentadbiran yang lengkap dan teratur agar
                   boleh dijadikan pedoman oleh pemimpin Islam seterusnya. Kepimpinan baginda begitu menonjol apabila
                   berjaya menyelesaikan masalah masyarakat yang berbilang bangsa di Madinah.







                                                                                                               20
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24