Page 20 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 20
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Soalan 8 : Nabi Muhammad SAW merupakan negarawan yang unggul. Bincangkan
PENGENALAN
Nabi Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April Tahun Gajah. Baginda
diputerakan di kalangan keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy. Baginda dilantik secara rasmi sebagai
nabi ketika berusia 40 tahun. Baginda telah menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadhan bersamaan 16
Ogos 610 Masihi, iaitu melalui surah Al Alaq ayat 1-5. Setelah itu diikuti pula dengan surah Al Mudatthir ayat 1-
7 yang menandakan kerasulan baginda SAW. Baginda mula menjalankan dakwah secara sulit selama tiga
tahun dan kemudian secara terbuka selama 10 tahun di Mekah tetapi ditentang hebat oleh orang Musyirikin
sehingga baginda sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah. Baginda berjaya membina sebuah negara
Islam yang unggul di Madinah dan membuktikan kepimpinan baginda sebagai negarawan yang unggul. .
Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga pemimpin negara dan masyarakat, panglima tentera
serta perancang ekonomi yang disegani.
ISI-ISI PENTING
1. Sebagai pemimpin agama
Baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang
tersebut adalah seperti ibadat (solat,puasa,zakat dan lain-lain), nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan
serta hubungan antarabangsa . Baginda menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas
dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Sifat-sifat sebegini membuatkan
ramai daripada pemimpin bukan Islam segan dan menghormati baginda. Contohnya, Nabi Muhammad SAW
telah bersabar menghadapi tentangan kaum Musyirikin sehingga kemuncaknya mereka berkomplot untuk
membunuh baginda. Malah, baginda melakukan dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba
menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan mukjizat oleh Allah SWT. Tegasnya, baginda
berpesan supaya umat Islam berpegang kepada al-Quran dan hadis dalam kehidupan seharian.
2. Sebagai Pemimpin Masyarakat
Baginda terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah, sifat-sifat
kepemimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan pelbagai langkah seperti:-
Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah perpecahan
begitu lama. Mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih
mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Madinah menjadi kuat,aman,stabil dari segi politik dan
ekonomi. Mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru mereka bekerjasama dan bantu-
membantu mempertahankan Kota Madinah dengan penggubalan Piagam Madinah. Menegakkan agama Islam
dan tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya bukan Islam. Tidak memaksa menganut ajaran Islam.
Ketua-ketua suku diberi peranan mengendalikan urusan dan masalah anggota suku masing-masing selagi tidak
bercanggah dengan ajaran Islam. Membentuk konsep ummah yang berteraskan kepada kesatuan aqidah dan
menolak semangat assabiyah zaman jahiliyah.
3. Kepimpinan Politik
Kepimpinan politik nabi terserlah sejak baginda di kota Mekah lagi seperti dalam menyelesaikan
masalah meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asal di Kaabah akibat banjir yang melanda Makkah ketika
itu. Dalam perjanjian Aqabah, baginda menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga mendapat
sokongan yang baik dari orang Aus dan Khazraj. Sebagai pemimpin politik yang berkaliber, nabi tidak pernah
menunjukkan permusuhan terhadap kaum lain terutamanya Yahudi, malah terus mengadakan perundingan
dengan mereka. Berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar dan mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Membentuk Piagam Madinah sebagai panduan pentadbiran
Madinah yang berteraskan wahyu. Dalam politik di peringkat antarabangsa baginda dianggap diplomat yang
21

