Page 21 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 21

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      berjaya kerana baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine, dan
                                      Parsi  bagi  memperkenalkan  ajaran  Islam.  Tidak  sampai  setengah  abad,semua
               negara  tersebut  tunduk  di  bawah  pemerintahan  Islam.  Sistem  syura  diperkenalkan  dalam  semua  bidang
               termasuk politik dan ekonomi.

               4.  Sebagai Perancang Ekonomi
                      Nabi sebagai perancang ekonomi, baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru menggantikan dasar
               ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras, dan aktif dalam urusan perniagaan dan
               pertanian. Masyarakat diminta mengelakkan riba, dan diwajib menunaikan zakat serta jujur dalama urusniaga.
               Nabi berusaha membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusahakan semula,
               tanah tergadai ditebus semula dan dikerjakan. Telaga-telaga air milik orang Yahudi yang asalnya milik orang
               Islam telah dibeli dan dikuasai semula orang Islam. System ekonomi yang baharu ini dapat memastikan tidak
               berlaku  penindasan,  penipuan  dan  riba  sehingga  dapat  melahirkan  usahawan  yang  Berjaya  seperti  Abd
               Rahman bin Auf.
               5.  Menjadi Pemimpin Tentera
                      Dalam bidang ketenteraan,baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang
               disertainya.  Asas  ketenteraan  baginda  adalah  berdasarkan  aqidah,  syariah,  dan  akhlak  mulia.  Baginda
               mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Dalam peperangan,baginda bertindak mengikut batas-batas
               dan etika yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan lemah,dan golongan tidak bersenjata, serta tidak
               memusnahkan harta benda dan tanaman. Baginda menunjukkan akhlak baik dengan perasaan kemanusiaan
               seperti pernah memulangkan harta benda musuh yang ditawan (Perang Hunain dan Perang Taif). Kaedah ini
               menarik minat musuh untuk memeluk agama Islam. Rasulullah SAW ialah seorang pemimpin perang yang
               cekap dan berpengetahuan luas dalam bidang taktik dan strategi perang. Contohnya dalam perang Badar ,
               baginda menggunakan sistem saf, dalam perang Khandak menggunakan sistem pertahanan parit, serta teknik
               mengepung dalam perang Taif.

               KESIMPULAN
                      Jelaslah bahawa nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani malah
               baginda merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi, dan pemimpin tentera
               yang berjaya. Baginda cuba menonjolkan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek akidah, tetapi juga
               menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian. Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula oleh
               khulafa‟ al- Rasyidin.


               Soalan  9  :  Ciri-ciri  kepimpinan  Nabi  Muhammad  SAW  membantu  kejayaan  dakwah  baginda.
               Bincangkan.

               PENGENALAN
                      Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik [  uswah hasanah  ] seperti yang  dijelaskan
               didalam alQuran. Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin umat islam yang diutuskan oleh Allah SWT.
               Baginda  bukan  sahaja  sebagai  seorang  pemimpin  agama  tetapi  juga  pemimpin  yang  menerajui  negara.
               Kepimpinan baginda terserlah sejak di Makkah lagi dan terbukti kebijaksanaannya menyelesaikan pertikaian
               berkaitan batu Hajarul Aswad yang menjadi rebutan pemimpin di Makkah. Sebaik sahaja rasulullah berhijrah
               ke Madinah , baginda diiktiraf sebagai pemimpin tertinggi Madinah melalui penggubalan Piagam Madinah. Nabi
               Muhammad SAW memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi sehingga membantu kejayaan dakwah baginda.

               ISI-ISI PENTING
               1.  Adil :
                   Antara ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. ialah bersifat adil. Isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah binti
               Abu Bakar alSiddiq menyatakan baginda bersikap adil dalam segala hal seperti percakapan dan perbuatan.
               Baginda  telah  menghapuskan  diskriminasi  kaum  dengan  menghapuskan  semangat  assabiyah.  Baginda
               membela   kaum wanita serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil. Amalan riba dan penipuan yang
                                                                                                               22
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26