Page 22 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 22

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      selama ini menjadi kebiasaan para pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan
                                      dengan ekonomi Islam. Baginda berjaya menghapuskan semangat assabiyah dan
               diskriminasi  kabilah.  Dengan  mengamalkan  keadilan,  baginda  berjaya  mewujudkan  perpaduan  dan
               keharmonian dalam kalangan masyarakat.


               2.  Bijak :
                    Baginda  seorang  yang  pintar  mengatur  taktik  dan  strategi  peperangan..  Contohnya,  walaupun  tentera
               Islam cuma seramai 313 orang dalam Perang Badar, namun dengan adanya strategi bijak yang diatur oleh
               baginda, mereka berjaya mengalahkan tentera Musyrikin atau Quraisy Makkah  seramai 1000 orang. Sebagai
               pemimpin tertinggi, baginda tidak sombong malah menerima pakai nasihat para sahabat. Contohnya baginda
               menerima cadangan Salman al Farisi agar menggali parit sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan
               tentera musuh dalam Perang Khandak. Baginda bijak berpolitik apabila menghantar perutusan dari Madinah ke
               Rom, Parsi, dan Habsyah. Kuasa-kuasa besar ini mengakui Madinah sebagai negara yang berdaulat.

               3.  Berani dan Tegas :
                   Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berani dan tegas. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul
               yang diutuskan malah juga seorang pahlawan yang tiada tolok bandingnya. Baginda mengetuai setiap ekspedisi
               perang walaupun jumlah tenteranya kecil    malah baginda berasa bertanggungjawab meniupkan semangat
               jihad dalam kalangan tentera Islam. Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan kaum Yahudi
               Bani Qainuqa, Bani Nadhir, dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah melanggar Piagam Madinah. Mereka
               telah  cuba  menimbulkan  keadaan  huru-hara  serta  memecahbelahkan  penduduk  Madinah.  Kesannya,
               penduduk Madinah kini Cuma terbatas kepada orang  Islam sahaja.

               4.  Cekal :
                   Baginda juga seorang yang cekal. Walaupun menerima tentangan hebat seawal usaha penyebaran   Islam
               di   Makkah,   namun   baginda   tetap meneruskan   dakwah Islamiyah walaupun terpaksa berhijrah ke tempat
               lain. Contoh, baginda tetap tabah menghadapi tentangan walaupun penentang itu datangnya daripada ahli
               keluarga terdekat seperti Abu Lahab yang merupakan bapa saudara baginda. Pelbagai cara digunakan oleh
               Quraisy untuk menunjukkan protes mereka namun usaha mereka itu menemui kegagalan dan akhirnya Nabi
               Muhammad s.a.w. berjaya membina sebuah negara Islam Madinah yang mampu menyaingi kota Makkah dari
               aspek ekonomi yang ketika itu dipegang oleh kaum Yahudi.

               5.  Berakhlak Mulia :
                   Nabi Muhammad SAW juga seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia mampu menarik hati tidak kira
               kawan ataupun lawan. Dalam aspek kekeluargaan, baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi
               ekoran  sifat  pengasih  dan  penyayang.  Contohnya,  baginda  sering  membantu  isteri  memasak,  menampal
               pakaian  yang  koyak,  melayan  anak-anak  serta  membersihkan  rumah.  Orang  Arab  Quraisy  menggelarkan
               baginda “al-Amin‟ kerana segala perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai.
               Baginda juga seorang pemaaf seperti memaafkan Saidina Umar al Khattab yang pernah menjadi musuh ketat
               Islam malah pernah cuba membunuh baginda. Akhlak baginda dapat                 mempersaudarakan masyarakat
               Arab yang berpecah-belah. Baginda juga memperkenalkan etika peperangan yang dapat menarik hati pihak
               kawan dan lawan.

               6.  Berakidah :
                   Nilai kepimpinan Nabi Muhammad SAW berteraskan akidah dan tauhid. Baginda menyeru manusia supaya
               beriman kepada Allah dan mematuhi syariatnya. Selagi manusia melakukan suruhannya-Nya, maka mereka
               akan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Buktinya, dalam usaha menegakkan Islam, Nabi Muhammad
               SAW menanam semangat jihad. Keimananan mereka membawa kejayaan dalam medan peperangan, Orang
               Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjaya mengalahkan musuh- musuh Islam. Nabi Muhammad
               SAW membina kekuatan orang Islam berlandaskan akidah, tauhid, dan berpaksi kepada al-Quran dan sunah.
                                                                                                               23
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27