Page 23 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 23

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      KESIMPULAN
                                            Ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. telah diimplementasi
               dalam dasar-dasar negara. Kepimpinan yang terdapat dalam diri Rasullulah memudahkan baginda menerajui
               negara Islam madinah berlandaskan syariat Allah SWT . Sebagai seorang pemimpin, baginda amat dihormati
               sehinggakan  baginda  dianggap  seorang  negarawan  yang  ulung  dan  berjaya  dalam  menyebarkan  dakwah
               Islamiyah.
               Soalan 10. Syura dilaksanakan dalam pemilihan khalifah al- Rasyidin. Bincangkan.

                PENGENALAN
                      Konsep syura berasaskan al-Quran dan kaedah syura berbeza daripada kaedah demokrasi yang hanya
               menurut suara majoriti semata-mata. Kaedah ini   adalah berdasarkan kajian yang teliti  dan merujuk kepada
               Majlis Syura bagi mendapatkan kepastian dan kebenarannya. Perkataan “syura‟ berasal daripada perkataan
               Arab,  yang bermaksud “meminta pendapat dan persefahaman dalam rundingan‟ Pelaksanaan syura dalam
               pemilihan ketua telah dimulakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan semasa pemilihan khalifah
               al-Rasyidin yang lain.
               ISI-ISI PENTING

               1.  Pelantikan Abu Bakar melalui proses syura. Keadah syura bagi melantik khalifah telah dilakukan dalam
                   bentuk yang pelbagai. Antaranya ialah secara pemilihan bebas sewaktu pelantikan Khalifah Abu Bakar al-
                   Siddiq iaitu menunjukkan kepada seseorang calon.Berpandukan pelantikan Saidina  Abu Bakar al Siddiq
                   yang  pernah  mengimamkan  sembahyang  sewaktu  Nabi  Muhammad  s.a.w.  sedang  uzur,  para  sahabat
                   seolah-olah dapat meneka calon khalifah yang pertama. Kaum Muhajirin dan Ansar telah mewakili umat
                   Islam  berhimpun  di  Dewan  Bani  Saadah  untuk  berbincang  dan  melantik  khalifah.  Bagi  mengelak
                   perselisihan antara Muhajirin dan Ansar, Saidina Abu Bakar al Siddiq mencalonkan Saidina Umar al Khattab
                   mewakili Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili Ansar sebagai khalifah. Namun, kedua-duanya menarik diri
                   malah mereka mencalonkan Saidina Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah. Akhirnya, Saidina Abu Bakar al
                   Siddiq telah dibaiah dalam syura sebagai khalifah pertama.
               2.  Pelaksanaan syura dilaksanakan semasa pelantikan Umar al Khattab. Kaedah syura berperanan dalam
                   menentukan calon khalifah kedua. Ahli-ahli majlis syura yang dilantik merupakan sahabat-sahabat Nabi
                   Muhammad SAW yang berwibawa. Mereka bukan sahaja sangat berkebolehan dari segi pentadbiran malah
                   merupakan  rakan  karib  Nabi  Muhammad  SAW.  Cara  pemilihan  seterusnya  ialah  mengusul  atau
                   mencadangkan  seorang  calon.  Khalifah  sebelumnya  mengusulkan  nama  calon  dan  akan  dibawa  ke
                   musyawarah dalam Majlis Syura dan  dibaiah umat Islam. Cara ini digunakan dalam proses pelantikan
                   khalifah kedua iaitu Khalifah Umar al Khattab. Bagi mengelakkan berulang kembali Gerakan Al Riddah,
                   Khalifah Abu Bakar al Siddiq yang sedang gering telah mencalonkan Saidina Umar al Khattab sebagai
                   penggantinya. Pencalonan ini telah dipersetujui  umat Islam dan setelah bermusyawarah bersama para
                   sahabat  dan  ahli  lembaga  Majlis  Syura,  Saidina  Umar  al  Khattab  telah  dibaiah  oleh  umat  Islam  tanpa
                   bantahan. Cara ini bukan berasaskan keturunan atau warisan.

               3.  Pelantikan  Usman  Bin  Affan  melalui  proses    syura.  Majlis  Syura  memainkan  peranan  penting  bagi
                   menentukan jawatan khalifah. Anggota tetap Majlis Syura yang dilantik secara rasmi oleh Khalifah Umar
                   bin al-Khattab terdiri daripada enam orang sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal, iaitu Uthman bin
                   Affan, Ali bin Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas, Abd al-Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, dan Zubayr
                   bin al-Awwam.     Setelah  dirundingkan  oleh  Majlis  Syura,  maka  cadangan  calon  yang  akan  dilantik
                   menjadi  khalifah  akan  diisytiharkan  kepada  umum  untuk  mendapatkan  sokongan,  setelah  itu  barulah
                   dilantik secara rasmi menerusi baiah (sumpah setia) daripada ketua-ketua kabilah terhadap khalifah yang
                   dipilih itu.  Setelah melalui proses syura akhirnya Usman bin Affan dilantik sebagai Khalifah ketiga.

               4.  Pelantikan Ali Bin Abi Talib melalui proses syura. Pembunuhan Khalifah Usman Bin Affan menyebabkan
                   umat Islam kehilangan khalifah untuk memimpin umat Islam. Oleh itu, para sahabat bersepakat melalui
                   proses syura bahawa calon yang berkelayakan ialah Ali Bin Abi Talib. Akhirnya, Ali Bin Abi Talib telah
                   dilantik sebagai khalifah keempat untuk menggantikan Usman Bin Affan.
                                                                                                               24
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28