Page 24 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 24
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
KESIMPULAN
Kaedah syura dalam pemilihan khalifah merupakan kaedah yang paling adil
dan terbaik kerana mengambil kira pandangan ilmuwan dan anggota Majlis Syura serta sokongan rakyat. Hal
ini berbeza dengan sistem demokrasi yang diamalkan Barat yang berdasarkan prinsip “satu orang satu undi‟
tanpa mengambil kira peranan para ilmuwan.
Soalan 11. Nilaikan sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sepanjang pemerintahannya sebagai
khalifah pertama kerajaan Khulafa al Rasyidin.
PENGENALAN
Khalifah Abu Bakar dilantik sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW pada tahun 11H. Sebelum
memeluk Islam, nama beliau ialah Abdul Kaabah. Gelaran as-Siddiq diberikan kepadanya kerana beliau
sentiasa membenarkan segala peristiwa penting yang berlaku kepada Rasullulah SAW. Beliau terkenal dengan
akhlak yang mulia, arif dalam bahasa Arab dan tidak mengamalkan amalan buruk seperti orang-orang jahiliah.
Beliau menjadi orang dewasa pertama yang memeluk agama Islam dan meninggalkan pekerjaannya sebagai
peniaga pakaian dan memberikan sepenuh perhatian terhadap penyebaran agama Islam. Beliau merupakan
orang paling kanan di sisi Rasullulah dan dilantik sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad
SAW atas cadangan Saidina Umar Al Khattab. Khalifah Abu Bakar memberikan sumbangan yang besar untuk
perkembangan Islam sepanjang pemerintahannya.
ISI-ISI PENTING
1. Meneruskan Gerakan Tentera
Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai oleh
Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada dibawah jajahan
Byzantine. Tindakan tersebut dilakukan kerana beberapa orang utusan Nabi Muhammad SAW telah dibunuh.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, khalifah Abu Bakar al-siddiq berhasrat untuk menyambung semula
usaha baginda. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para sahabat.
Mereka mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-siddiq supaya ekspedisi ketenteraan ke sempadan Syam
ditangguhkan memandangkan ancaman al-Riddah yang lebih berbahaya dan memerlukan penyelesaian
segera. Namun, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tetap tegas dengan keputusan beliau. Setelah berperang selama
40 hari, pasukan perang Usamah bin Zaid peroleh kemenangan. Kemenangan ini menyedarkan kaum
yang berhasrat menyerang Madinah, tentera Islam adalah kuat dan tidak mudah untuk dikalahkan. Setelah
pasukan Usamah bin Zaid kembali ke kota Madinah, pasukan beliau ditugaskan menjaga keselamatan kota
Madinah. Tindakan ini dapat menghindarkan kota Madinah daripada ancaman kaum Zubyan dan lain-lain.
2. Menentang Gerakan al-Riddah
Gerakan al-Riddah muncul sebaik sahaja Nabi Muhammad saw wafat. Mereka terdiri daripada
golongan murtad, nabi palsu dan enggan membayar zakat. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq menyedari bahawa
kewujudan golongan ini boleh menjadi anasir yang dapat menghancurkan kerajaan Islam. Oleh itu, suatu
tindakan yang bersungguh-sungguh perlu dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut. Sebagai langkah
awal untuk mengatasi ancaman tersebut, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah menghantar para utusan kepada
ketua kumpulan-kumpulan tersebut mengajak mereka kembali kepada Islam.
Memandangkan golongan tersebut enggan kembali kepada Islam, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq terpaksa
mengambil tindakan ketenteraan bagi menghadapi kedegilan golongan tersebut. Sebanyak 11 buah pasukan
tentera yang diketuai oleh panglima Islam yang terkenal seperti Khalid bin al-Walid, Ikramah bin Abi Jahal dan
Amru bin al- As telah dibentuk oleh beliau.. Pasukan tentera Islam ini telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq ke luar kawasan Hijjaz bagi memerangi golongan penentang Islam tersebut. Akhirnya, gerakan tentera
tersebut beroleh kemenangan apabila berjaya menundukkan dan mengembalikan golongan al-Riddah ke
pangkuan Islam. Dengan berakhirnya Gerakan al-Riddah, Khalifah Abu Bakar bukan sahaja Berjaya
menyatukan Kembali umat Islam dan masyarakat Arab yang berpecah belah, bahkan dapat menstabilkan
negara Madinah.
3. Penulisan al-Quran
25

