Page 25 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 25
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Peperangan bagi memerangi golongan al-Riddah telah menyebabkan ramai
para sahabat yang juga merupakan huffaz al-Quran terkorban. Keadaan ini
menyebabkan timbul kebimbangan dalam kalangan umat Islam kemungkinan akan hapusnya al-Quran. Selain
itu, mereka juga bimbang berlakunya penyelewengan al-Quran. Ekoran keadaan tersebut, timbul cadangan
daripada para sahabat supaya menubuhkan satu kumpulan khas bagi menulis al- Quran. Khalifah Abu Bakar
al-siddiq menerima dengan baik cadangan tersebut. Zaid bin Thabit telah dipertanggungjawabkan oleh Khalifah
Abu Bakar al-siddiq untuk mengetuai usaha mengumpul dan menulis semula naskhah dari simpanan para
sahabat dan juga dari para huffaz. Naskhah al-Quran yang telah ditulis semula itu kemudiannya disimpan di
rumah Khalifah Abu Bakar al-siddiq.
4. Menentukan Bakal Khalifah
Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah menamakan bakal pengganti beliau, iaitu Umar bin al-Khattab.
Beliau telah mengadakan suatu perundingan dengan para sahabat tentang bakal pengganti beliau. Perkara ini
berlaku ketika beliau sedang sakit. Dalam pertemuan tersebut, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah
mencadangkan supaya Umar bin al-Khattab dilantik menjadi Khalifah. Cadangan beliau mendapat tentangan
daripada para sahabat. Oleh itu, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah mengarahkan supaya Uthman bin Affan
menulis keputusan tersebut. Dengan cara ini, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah berjaya mengukuhkan
kedudukan politik Islam.
KESIMPULAN
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah membawa perubahan besar kepada tamadun Islam yang sampai ke
hari ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam iaitu al-Quran.Walaupun tempoh pemerintahannya singkat
iaitu kurang dua tahun, beliau berjaya menyelesaikan masalah-masalah penting negara yang mengancam
kedaulatan Madinah. Sejarahwan Islam menggelarnya “ Penyelamat Negara Islam “ kerana jasa dan
sumbangannya untuk mengukuhkan Madinah. Kejayaan-kejayaan beliau merupakan kejayaan yang amat
besar untuk dijadikan teladan oleh umat Islam.
Soalan 12 : Nilaikan sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid dalam memperkasakan kegiatan intelektual.
PENDAHULUAN
Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Rayy (Iran) pada tahun 149 Hijrah/763 Masihi dan meninggal dunia
pada tahun 809 Masihi di Thus, Khurasan. Beliau terserlah dengan sifatberani, gagah perkasa, sangat
menyukai hal-hal agama, bijak berpolitik dan mencintai ilmu pengetahuan. Dilantik sebagai putera mahkota
pada tahun 166 Hijrah/782 Masihi dan menjadi khalifah kelima pada tahun 170-193 Hijrah/786-809 Masihi.
Pemerintahan baginda dianggap sebagai zaman keemasan Islam kerana kemajuan yang dibawa khususnya
dalam memperkasakan kegiatan intelektual.
ISI-ISI PENTING
1. Mengasaskan Baitul Hikmah (perpustakaan Agung)
● Sumbangan Khalifah Harun ialah mengasaskan Baitul Hikmah. Baitul Hikmah berfungsi sebagai institusi
kebudayaan dan pusat keilmuan yang kemudiannya berkembang dan mencapai zaman kegemilangannya
semasa zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun. Melalui penubuhan Baitul Hikmah sebagai institusi
penterjemahan, kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik. Banyak karya-karya asing dalam
bahasa Sanskrit khususnya ilmu falsafah dan sains Yunani telah diterjemahkan bagi dimanfaatkan oleh
para cendekiawan Islam.
● Jelas bahawa, tindakan bijak Khalifah Harun al-Rasyid menubuhkan Baitul Hikmah ini telah memberi ruang
kepada percambahan ilmu dalam pelbagai bidang dan seterusnya dapat memperkasakan kegiatan
intelektual dalam pemerintahan Kerajaan Abbasiyah.
2. Mendirikan Pusat Pengajian
26

