Page 26 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 26

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      ●     Bagi  menyebarkan  ilmu  pengetahuan  kepada  rakyat,  Khalifah  Harun  telah
                                      mendirikan pusat pengajian. Pelbagai institusi seperti sekolah, maktab dan universiti
                   telah  ditubuhkan.  Keadaan  ini  telah  menyebabkan  kegiatan  penyelidikan  dapat  dipertingkatkan  dan
                   memberi manfaat kepada masyarakat. Contohnya kemunculan al-Khwarizmi dalam bidang matematik dan
                   astronomi.  Sesungguhnya  hasil kajian sarjana-sarjana Islam  ini kemudiannya  telah tersebar ke Eropah
                   sekaligus memberi sumbangan yang besar kepada  perkembangan keilmuan hingga melahirkan zaman
                   Renaissans di Eropah.
               ●  Usaha  Khalifah  Harun  al-Rasyid  mendirikan  pusat  pengajian  ini  sememangnya  telah  menggalakkan
                   perkembangan ilmu dan memperkasakan lagi kegiatan intektual Kerajaan Abbasiyah.

               3.  Menggalakkan Kegiatan Pembukuan
               ●  Seterusnya  Khalifah  Harun  juga  menggalakkan  kegiatan  pembukuan  ilmu-ilmu  pengetahuan.  Pada
                   peringkat awal, ilmu pengetahuan dikumpulkan dalam lisan, hafalan dan ingatan individu. Kesannya, ilmu
                   tersebut  akan  hilang  selepas  individu  tersebut  meninggal  dunia.  Untuk  mengatasi  masalah  tersebut
                   penulisan dan catatan dilakukan pada kulit binatangdan kayu. Penyebaran ilmu pengetahuan turut berlaku
                   secara  lisan.  Khalifah  Harun  al-Rasyid  telah  melakukan  satu  pembaharuan  iaitu  menggalakkan  ilmu
                   pengetahuan dibukukan untuk kegunaan generasi akan datang. Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid,
                   munculnya  ulama  yang  membukukan  ilmu  pengetahuan  berkenaan  dengan  Sejarah  (tarikh),
                   kesusasteraan, lughah, hadis, fiqah, tafsir, dan lain-lain. Antara ulama yang terkemuka ialah Imam Malik
                   (menyusun buku Muwatta‟). Ibn Ishaq (menyusun buku Fiqah).
               ●  Melalui proses pembukuan ini, ilmu pengetahuan dapat berkembang luas dan kegiatan intelektual dalam
                   pemerintahan Bani Abbasiyah dapat diperkasakan.

               4.  Penyusunan Ilmu Pengetahuan Islam
               ●  Khalifah  Harun  memberi  tumpuan  dalam  perkembangan  dan  kegiatan  penyusunan  semula  ilmu
                   pengetahuan  Islam  berhubung  dengan  hukum-hakam  walaupun  ia  telah  bermula  sejak  pemerintahan
                   Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pada 754-775 M. Apabila khalifah Harun al-Rasyid memerintah negara dan
                   umat  Islam  pada  786-809  M,  beliau  menumpukan  perhatian  yang  lebih  terhadap  perkembangan  ilmu
                   pengetahuan  Islam.  Untuk  tujuan  itu,  penyusunan  ilmu,  penyusunan  ilmu  tersebut  sangat  diperlukan
                   supaya tidak terkeluar daripada konsep al-Quran dan Hadis. Penumpuan dibuat kepada ilmu tafsir, hadis,
                   faraid, Usuluddin, syariah, tauhid dan fiqah.
               ●  Penekanan dalam peyusunan ilmu pengetahuan Islam ini telah menyebabkan perkembangan ilmu yang
                   berlaku masih mengikut landasan yang betul dan tidak tersasar daripada al-quran dan hadis.

               5.  Kegiatan Penterjemahan
               ●  Bagi memperkayakan dan memperbanyakkan sumber bacaan dan khazanah ilmu pengetahuan, khalifah
                   Harun al-Rasyid menggalakkan pakar bahasa menterjemahkan buku-buku asing seperti dari China, India,
                   Yunani  dan  Parsi.  Penumpuan  diberi  kepada  menterjemahkan  buku-buku  berkenaan    ilmu  perubatan,
                   falsafah, kesenian dan menterjemahkan buku-buku  agama dalam bahasa  Arab ke bahasa asing  untuk
                   menyebarkanilmu  tersebut  di  luar  tanah  Arab.  Contohnya  Jurjis  bin  Bakhitislu  menterjemahkan  buku
                   Pancatanra,  Mahabhrata  dan  Sindhanta.  Untuk  melicinkan  kegiatan  penterjemahan  khalifah  Harun  al-
                   Rasyid  telah  melantik  Yuhama  bin  Musaiwaih  sebagai  Setiausa  haInstitut  Terjemahan  dan  golongan
                   penterjemah  dikenali  sebagai  intelektualisme  Islam.  Prof  Dr  Ahmad  Shalaby  menyatukan  untuk
                   menyebarkan ilmu pengetahuan berkenaan agama Islam, Khalifah Harun al-Rasyid mendirikan institusi
                   pengajian seperti masjid, maktab dan sekolah. Ini menjadikan Kota Baghdad dikenali sebagai gedung ilmu
                   pengetahuan dan dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh dunia.
               ●  Kegiatan  penterjemahan  yang  dilakukan  telah  memperbanyak  sumber  rujukan  dan  sekaligus
                   memperkasakan kegiatan intelektual dalam Kerajaan Abbasiyah.

               KESIMPULAN
                      Kesimpulannya, sepanjang 23 tahun pemerintahan Khalifah Harun beliau telah berjaya memajukan
                                                                                                               27
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31