Page 27 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 27
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
negara Islam khususnya di Baghdad dari aspek perdagangan, pertanian dan
intelektual. Sumbangan besar Khalifah Harun adalah memperkasakan kegiatan
intelektual hingga munculnya tokoh-tokoh intelektual terkemuka pada masa itu. Baginda menyerahkan jawatan
khalifah seterusnya kepada anaknya, al-Amin.
Soalan13: Bincangkan struktur pentadbiran kerajaan Islam Madinah pada zaman Khulafa’al-Rasyidin.
PENDAHULUAN
Kerajaan Khulafa‟ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih oleh
umat Islam sebagai khalifah yang pertama. Kerajaan ini juga diperintah oleh empat orang sahabat Nabi
Muhammad s.a.w iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan
dan Khalifah Ali binTalib. Gelaran Khulafa‟ al-Rasyidin digunakan kerana mereka akan meneruskan dasar
kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Pemerintahan Khulafa‟ al-Rasyidin dapat dibahagikan kepada dua iaitu
kerajaan pusat dan kerajaan wilayah. Kerajaan pusat kerajaan yang mendominasi kuasa pemerintahan dan
bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk hal ehwal politik, ekonomi dan sosial kerajaan-kerajaan kecil
(wilayah) yang bernaung di bawahnya.
ISI-ISI PENTING
1. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT
● Pemerintahan pusat diketuai oleh khalifah, terdapat empat orang khalifah iaitu Khalifah Abu Bakar As-
Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah UthmanbinAffandanKhalifah Ali bin Abi Talib. Khalifah dilantik
secara demokrasi iaitu pemilihan dilakukan oleh umat Islam secara bergilir-gilir dengan mendapat bai‟ah
daripada seluruh umat Islam. Walaupun khalifah merupakan individu yang paling berkuasa, namun
kekuasaannya tidak bersifat mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar yang diputuskan melalui kaedah syura,
iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin
al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal dan setiap ahli atau anggota
syura dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan
penasihat khalifah. Struktur pemerintahan dan pentadbiran Khulafa‟ al-Rasyidin bersumberkan
tigarujukanutamaiaitu al-Quran, Sunnah Nabi dan ijmak ulama.
● Khalifah berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan malah khalifah juga merupakan panglima
tertinggi dalam pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan bagi mengendalikan
pentadbiran berkaitan dengan segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara. Selain itu, laporan
kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor wilayah kepada khalifah setiap tahun.
● Pemerintahan dan pentadbiran pusat bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk hal-ehwal politik,
ekonomi dan sosial kerajaan wilayah yang bernaung di bawahnya. Pusat pemerintahan Kerajaan Khulafa‟
al-Rasyidin ialah di Madinah.
● Kerajaan pusat merancang dan melaksanakan segala bentuk pemerintahan dan pentadbiran untuk
kemajuan kerajaan wilayah. Kerajaan pusat bertanggungjawab dalam semua aspek pemerintahan kepada
kerajaan wilayah seperti membekalkan perbelanjaan yang tidak mencukupi, menjaga keamanan,
membawa kemajuan dan kesejahteran dan sebagainya. Malah,kerajaan pusat pula berhak meminta
bantuan kewangan dan ketenteraan daripada kerajaan wilayah.
2. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH
● Pemerintahan dan pentadbiran wilayah wujud ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam
ekspedisi ketenteraan. Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakaral-Siddiq, negara Islam telah
dibahagikan kepada 10 buah daerah, iaitu Makkah, Ta‟if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran,
Zabid, Bahrain dan Jarsh. Bagi pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa. Selain itu, negara
Islam dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran,
28

