Page 28 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 28

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      Iraq,  Mesir  dan  Palestin.  Setiap  wilayah  berkenaan  mempunyai  ibu  negeri  atau
                                      mempunyai pusat pentadbiran masing-masing.
               ●  Untuk  memastikan  urusan  pentadbiran  berjalan  dengan  lancar,  Khalifah  Umar  bin  al-Khattab  telah
                   membentuk sistem birokasi yang sistematik. Setiap wilayah akan diketuaioleh Gabenor yang akan dibantu
                   oleh pegawai-pegawai  lain seperti setiausaha dan pengawai tertentu  di  beberapa buah jabatan seperti
                   setiausaha  Tentera,  Pegawai  Cukai  (Sahib  al-Kharaj),  Pegawai  Polis  (Sahib  al-Syurtah),  Pegawai
                   Perbendaharaan Neraga (SahibBaital-Mal) dan seorang kadi. Gabenor yang  dilantik memegang jawatan
                   berkenaan  wajib  melaporkan  harta  sebelum  dan  setelah  selesai  menjalankan  tanggungjawab  serta
                   diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar tidak timbul kekeliruan kelak. Malah, disetiap wilayah
                   akan didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.
               ●  Dalam  pentadbiran,  kerajaan  wilayah  mempunyai  kuasa  autonomi  yang  terhad.  Namun,  pemerintah
                   tertinggi  di  kerajaan  wilayah  ialah  gabenor  yang  dilantik  oleh  pemerintahtertinggi  kerajaan  pusat,  iaitu
                   Khalifah.  Gabenor  kerajaan  wilayah  dibantu  oleh  pembesarseperti  kadi  dan  wazir  yang  dilantik  oleh
                   khalifah.Pemerintah kerajaan wilayah sering bertukar mengikut pertukaran khalifah dalam kerajaan pusat
                   dan struktur bagi pemerintahan kerajaan wilayah mencontohi struktur pemerintahan pusat dan tidak boleh
                   bertindak sendiri tanpa kebenaran kerajaan pusat.
               ●  Selain daripada itu, pemerintah kerajaan wilayah bertanggungjawab untuk membantu kerajaan pusat dalam
                   semua  perkara  seperti  pungutan  cukai,  bantuan  ketenteraan  untuk  menentang  musuh,  menjaga
                   keselamatan dan sebagainya. Tetapi kerajaan wilayah harus mematuhi segala arahan daripada kerajaan
                   pusat.  Dalam  pada  itu,  kemajuan  dan  pembangunan  kerajaan  wilayah  tertakluk  kepada  peranan
                   pemerintah  kerajaan  pusat.  Tindakan  akan  dikenakan  ke  atas  kerajaan  wilayah  yang  tidak  mematuhi
                   arahan kerajaan pusat sebagai contoh memecat gabenor dan pegawai kerajaan.

               KESIMPULAN
               Sistem pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah telah dipraktikkan pada zaman Khulafa‟ al-Rasyidin
               yang telah dikemaskinikan daripada apa yang pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Struktur
               pemerintahan dan  pentadbiran  pusat  dan wilayah semakin sistematik  apabila khalifah Umar bin  al-Khattab
               menerajui pemerintahan negara Islam.


               Soalan 14: Jelaskan struktur pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah
               pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

               PENGENALAN
                      Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281-1924 M di bawah pemimpinan 37 orang khalifah.
               Pada  tahun  1453  M,  Sultan  Muhammad  al-Fatih  menjadikan  Istanbul  sebagai  ibu  kotanya.  Kerajaan  ini
               ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluki kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah
               diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad
               II dan Sulaiman II. Penubuhan kerajaan Uthmaniyah adalah berasaskan sistem feudal, struktur pemerintahan
               berpusat kepada sultan.

               ISI-ISI PENTING
               1.  STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT
               ●  Sultan merupa kan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang agama, politik, pentadbiran dan
                   kewangan. Pada peringkat awal, sultan   terdiri daripada para amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan
                   Saljuk. Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan.
                   Beliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran dan juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil
                   sultan. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey iaitu ketua turus tentera
                   sultan, dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam urusanpentadbiran kewangan, seorang Agha
                   iaitu wakil tentera darat, seorang Laksamana, dan seorang Nishanji bagi monogram sultan.
               ●  Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti iaitu Shaykh al-Islam telah diwujudkan. Tugas
                   utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan berperang sesama
                                                                                                               29
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33