Page 29 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 29

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      orang Islam. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota
                                      Istanbul. Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa, misalnya ketika
                   menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.
               ●  Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada Byzantine.
                   Sistem pemerintahannya turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai fief .Fief merupakan
                   tentera  asasi  kerajaan  Uthmaniyah.  Fief  yang  berjasa  dikurniakan  tanah.  Tanah-tanah  tersebut
                   dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper
                   ialah mata wang perak. Fief yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas
                   dan hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan yang lebih luas diberikan kepada gabenor wilayah.
                   Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000 ekor kuda, sementara di Asia 50 000 ekor kuda.
                   Senjata yang digunakan oleh fief ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan
                   serban serta menunggang kuda.
               ●  Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketuayang membawa bendera Sanjak atau Liwa‟.
                   Ketua ini dipanggil bey. Antara bey, ada beberapa orang beylerbey terbesar ialah Beylerbey Anatolia dan
                   yang  kedua  Beylerbey  Rumali  di  Eropah.  Bey-beyini  juga  memakai  gelaran  Pasha.  Beylerbey  merujuk
                   kepada  ketua  turus  tentera  sultan  yang  mempunyai  kuasa  yang  sangat  luas,  malah  putera  mahkota
                   terpaksa tunduk kepadanya.
               ●  Sistem  feudal  runtuh  setelah  kerajaan  Uthmaniyah  bertambah  luas  dan  sultan  terpaksa  menyerahkan
                   kuasa  tanah  fief  kepada  Beylerbey.  Pihak  Beylerbey  telah  menyalahgunakan  kuasa  dengan  bertindak
                   memberikan tanah fief kepada mereka yang menyokongnya dan merampas tanah fief daripada orang yang
                   melakukan kesalahan kecil. Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan semasa pemerintahan Sulaiman
                   al-Qanuni  menerusi  Kanunname  (1530M).  Walaubagaimanapun,  sistem  tanah  fief  ini  diteruskan  tetapi
                   syarat-syaratnya diketatkan.
               ●  Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang
                   lebih canggih termasuk meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera Uthmaniyah di peringkat
                   awalnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan
                   sendiri. Bilangannya kemudian bertambah sehingga 11500 orang bagi setiap skuadron (1534 M).

               2.  STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH
               ●  Setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak
                   luas yang akan dikendalikan oleh para petani. Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan
                   utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang
                   berpandukanAl-Quran dan hadis.
               ●  Multezim  pula  bertanggungjawab  untuk  mengutip  semua  cukai  dari  kawasan-kawasan  tertentu.
                   Sebahagian daripada hasil kutipan tersebut diserahkan kepada perbendaharaan negara. Pegawai kerajaan
                   diberikan  kuasa  untuk  mengutip  bayaran  yang  dikenali  sebagai  bakshish  untuk  perkhidmatan  yang
                   diberikan kepada orang awam.
               ●  Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan wakaf untuk
                   menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia Muslim. Ada kalanya, golongan ini
                   berperanan sebagai orang tengah antara rakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintah.

               KESIMPULAN
               Kerajaan Uthmaniyah sangat berjaya kerana mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap.
               Sistem pemberian tanah menyebabkan kehidupan mereka mewah dan berkedudukan tinggi.  Pemerintahan
               kerajaan Uthmaniyah merosot pada abad ke 17 apabila Sultan Abdul Hamid II dipecat. Pada tahun 1924 M,
               tamatnya zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.






                                                                                                               30
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34