Page 30 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 30

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021








               Soalan 15: Huraikan sistem pemerintahan  Kerajaan Muwahhidun (1144-1223M) dan Nasriyyah (1238-
               1493M) di Andalusia pada abad Ke-13M.

               PENDAHULUAN
                       Selepas tahun 1002M, kerajaan Bani Umayyah di Andalusia mengalami kemerosotan dan berakhir
               pada 1031M. Kesannya, muncul kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat dipelbagai kota. Kerajaan Muwahhidun
               merupakan sebuah kerajaan Islam yang didirikan oleh bangsa barbar Islam di  Afrika Utara, selepas kejatuhan
               kerajaan  Murabitun.  Pengasasnya  ialah  Ibnu  Tumart  iaitu  Muhammad  bin  Tumart  pada  1121M  di  Magribi.
               Kerajaan Nasriyyah pula berpusat di Granada Semenanjung Iberia diasaskan oleh Muhammad bin Yusof bin
               Nasr iaitu Ibn al-Ahmar.


               ISI-ISI PENTING
             1. SISTEM PEMERINTAHAN AMIR DALAM KERAJAAN MUWAHHIDUN
               ●  Pusat  Pemerintahan  terletak  di  Maghribi.  Para  amir  kerajaan  al-Muwahhidun  menggunakan  gelaran
                   berunsur Syiah seperti al-Mahdi, al-Imam, al-Nasir dan al-Mansur. Pengasas kerajaan ini beranggapan
                   ajaran  islam  yang  dibawa  oleh  kerajaan  Murabitun  telah  menyimpang  daripada  prinsip  islam.  Oleh  itu,
                   gerakan  pemulihan  yang  dikenali  sebagai  Muwahhidun  di  peringkat  pusat  dan  wilayah  berasaskan
                   perundangan daripada mazhab Maliki.
               ●  Kerajaan Muwahidun berpandangan bahawa pengikutnya merupakan satu kesatuan sosialyang beriman,
                   benar dan orang lain adalah kafir dan perlu diperangi. Mereka dipimpin oleh Imam yang dikenali sebagai
                   Al-Mahdi  dan  pemimpin  yang  seterusnya  dikenali  sebagai  Khalifah.  Al  Mahdi  dibantu  10  orang  yang
                   berfungsi sebagai kabinet.
               ●  Seterusnya, terdapat sebuah dewan yang dianggotai seramai 50 orang yang terdiri daripada orang Babar
                   dan masyarakat Muwahhidun. Mereka berfungsi sebagai penasihat. Seterusnya, dewan 70 orang yang
                   bertindak sebagai Majlis Rakyat. MajlisTentera ditubuhkan untuk menyelia hal ehwal ketenteraan. Majlis ini
                   bertindak merancang strategi ketenteraan. Kerajaan Muwahhidun memberi penekanan kepada pertahanan
                   dan  penambahbaikan  ketenteraan.  Amir  menjalinkan  hubungan  diplomasi.  Akhirnya,  pemerintah
                   Muwahhidun, mewujudkan sebuah kementerian untuk menguruskan hal ehwal  para penyair. Kesannya
                   kemajuan  yang  pesat  dicapai  dalam  pelbagai  sektor  ekonomi  seperti  perindustrian,  pertanian  dan
                   perniagaan.

             2. SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN NASRIYYAH
               ●  Pengasas kerajaan Nasriyah adalah Muhammad bin Yusofbin Nasr dikenali sebagai Ibnal-Ahmar pada
                   tahun 1235M. Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik dengan
                   kerajaan Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Pusat pemerintahan terletak di Granada
                   selatan  Sepanyol. Granada ialah wilayah yang  didiami  oleh orang  Islam Sepanyol  apabila wilayah  lain
                   diduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi. Kerajaan Nasriyah (1232-1492M) diperintah oleh 22 orang
                   amir.  Pada  peringkat  awal  sultan  kerajaan  ini  berusaha  bersungguh-sungguh  menstabilkan  kedudukan
                   politik dan pentadbiran negara.
               ●  Kerajaan  Nasriyah  mencapai  kegemilangan  dalam  tamadun  dunia  dan  memberi  impakpositif  kepada
                   perubahan tamadun Eropah terutama dalam bidang kesenian dan seni binabarat. Istana al-Hamara adalah
                   kesan sejarah Andalus yang agung kerana keunikan dan keindahan seni binanya.

               ●  Pelbagai jenis industri berkembang maju antaranya industri pembuatan kapal dan fabriktenun. Kilang fabrik
                                                                                                               31
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35