Page 80 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 80

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      (22 tahun berkhidmat). Pelajar-pelajar  dihantar  ke  luar  Negara  untuk  menuntut
                                      pelbagai ilmu. Contoh pada tahun 1809 – 1819 – 28 orang pelajar dihantar ke Itali
                       (Milan,  Florence,  Rom)  untuk  mempelajari  ilmu  teknikal,  ketenteraan,  industri  kapal  dan  ilmu
                       pencetakan.Pada  1826-1844  –  319  orang  pelajar  dihantar  ke  Paris  dan  tokoh  intelektual  dan
                       pengarang terkenal al Thahtawi dihantar dan bertugas sebagai imam mahasiswa Mesir. Pada tahun
                       1844-1863, 89 orang pelajar dihantar ke Perancis termasuk ahli keluarga Muhmmad Ali Pasha.
                   •   Sekolah-sekolah yang didirikan pada awalnya diletakkan bawah penyeliaan Jabatan Tentera (Jabatan
                       Diwan al- Jihadiyya) kemudian dipisahkan. Untuk mewujudkan koordinasi yang berkesan, Majlis Syura
                       al Maktab ditubuhkan pada 1830 bertujuan untuk meningkatkan pendidikan dalam kalangan rakyat
                       Mesir,  menambah  pembangunan  sekolah-sekolah  di  Cairo  dan  Alexandaria  dan  dilantik  Inspektor
                       Jeneral sekolah iaitu Kolonel Seve. Setelah itu Jabatan Diwan al-Jihadiyya berubah nama menjadi
                       Jabatan Diwan al- Jihadiyya atau disebut Ministere de I’instruction Publique dan kemudian berubah
                       menjadi Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab mengawasi dan melakukan pembangunan
                       terhadap sekolah-sekolah baru.Perubahan dan pembaharuan pendidikan ini telah membawa kepada
                       kemajuan dan permodenan masyarakat Mesir. Landasan pemikiran masyarakat juga telah berubah
                       selaras dengan idea-idea pemikiran barat yang cuba diserapkan kepada masyarakat.Kesannya lahir
                       tokoh-tokoh seperti Jalaluddin Al- Afghani, Muhammad Abduh, Mohammad Rasyid Redha, al Tahtawi
                       dan ramai lagi.
                   4.  Pembaharuan dalam bidang ekonomi
                   •   Muhammad Ali Pasha telah memperbaiki sistem pengairan.  Dengan adanya sistem pengairan ini,
                       tanah menjadi subur. Beberapa tanaman baru diperkenalkan. Contohnya benih kapas didatangkan dari
                       India  dan  Sudan.Melaksanakan  dasar  memilik  Negara  tanah-tanah  dan  kerahan  tenaga  serta
                       melaksanakan sistem monopoli khususnya yang berkaitan dengan hasil-hasil pertanian
                   •   Mengenakan  cukai  kepada  petani  yang  mengusahakan  tanah  serta  membeli  hasil  usaha  petani
                       dengan harga yang murah dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para pedagang
                       dengan harga yang lebih tinggi.
                   •   Pentadbiran  ekonomi semakin teruk  dan sikap tamak pemerintah khasnya  British yang menaikkan
                       cukai  sesuka  hati  menambah  kesengsaraan  penduduk  Mesir.  Keadaan  ini  mendorong  kepada
                       kebangkitan para ulama untuk menentang kezaliman tersebut.
                   •   Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez menjadi penyebab dijajah semula oleh British.
                   •   Jelas bahawa Muhammad AlI Pasha berjaya memakmurkan ekonomi Mesir walaupun tidak mencapai
                       matlamatnya 100 peratus. Bandar-bandar atau kota-kota di Mesir telah berubah menjadi kota-kota
                       yang  moden.  Namun,  ketidakpuasan  hati  rakyat  dengan  dasar  kerajaan  memiliknegara  tanah  dan
                       kadar cukai yang tinggi sedikit sebanyak membantutkan proses pertumbuhan ekonomi Negara.

                   KESIMPULAN
                       Jelas  bahawa  MAP  berjaya  mengubah  lanskap  Mesir  dengan  segala  pembaharuan  yang
                       dilaksankanya.  Beliau  memakmurkan  ekonomi  Mesir  walaupun  tidak  mencapai  matamatnya  100
                       peratus. Bandar-bandar di Mesir telah berubah menjadi kota-kota moden. Namun, ketidakpuasan hati
                       rakyat  dengan  dasar  kerajaan  memiliknegara  tanah  dan  kadar  cukai  yang  tinggi  sedikit  sebanyak
                       membantutkan proses pertumbuhan ekonomi negara.


                   SOALAN 45 :  Bincangkan reaksi masyarakat Algeria terhadap penjajahan kuasa Barat dari abad
                       ke-18 hingga ke-20 Masihi.

                   PENGENALAN
                         Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniah dan
                       kelemahan  pemerintahan  telah  membuka  ruang  kepada  kuasa  Perancis  untuk  campur  tangan  di
                       Algeria. Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria. Campurtangan
                       Perancis bermula apabila pemerintah Algeria, Husain Dey menuntut hutang daripada tentera Perancis
                       yang  masih  tertunggak  untuk  pembelian  gandum.  Penjajahan  ini  telah  mengakibatkan  reaksi
                                                                                                               81
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85