Page 14 - Focus SPM 2021 Sains
P. 14
Sains SPM Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan
3. Pemerhatian dicatatkan pada akhir tempoh tiga minggu.
Pemerhatian:
Larutan Kekurangan nutrien Gejala kekurangan nutrisi
Larutan kultur lengkap Tiada Tiada, anak benih tumbuh dengan sihat
Larutan kultur tanpa nitrogen Nitrogen Daun bertukar menjadi kuning
Larutan kultur tanpa fosforus Fosforus Daun dengan pinggiran kerinting dan berwarna perang
Larutan kultur tanpa kalium Kalium Tisu mati di bahagian pucuk dan pinggiran daun
Air suling Semua Pertumbuhan terbantut, daun kekuningan, batang yang
lemah
Perbincangan:
1. Tabung didih dibalut dengan kertas hitam untuk menghalang cahaya daripada memasuki larutan kultur.
Cara ini dapat menghalang pertumbuhan alga hijau di dalamnya. Jika tidak, alga mungkin menggunakan
sebahagian nutrien di dalam larutan kultur dan menjejaskan keputusannya.
2. Semua anak benih didedahkan kepada cahaya untuk membenarkannya menjalankan proses fotosintesis.
3. Udara dibekalkan kepada akar menggunakan tiub udara. Akar memerlukan oksigen untuk berespirasi.
4. Larutan kultur di dalam tabung didih ditukarkan seminggu sekali. Hal ini perlu kerana sebahagian
daripada nutriennya telah digunakan oleh anak benih.
5. Apabila tumbuhan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan, tumbuhan akan tumbuh dengan normal
dan sihat.
6. Tumbuhan yang kekurangan nutrien tertentu akan menunjukkan gejala-gejala kekurangan nutrisi.
7. Air suling tidak mengandungi sebarang nutrien, oleh itu, air suling tidak sesuai untuk pertumbuhan
tumbuhan.
Kesimpulan:
Tumbuhan memerlukan pelbagai jenis nutrien, terutama makronutrien untuk tumbuh dengan sihat. Hipotesis
diterima.
Mentor SPM
SPM
Rajah di bawah menunjukkan radas yang digunakan dalam satu eksperimen untuk mengkaji nutrien yang diperlukan
T
i
untuk pertumbuhan tumbuhan.
n
g
Cahaya Antara yang berikut, yang manakah diperlukan untuk
k
a
t
pertumbuhan yang sihat?
a
Anak benih A Tabung didih perlu dibalut dengan kain hitam.
n
5 B Larutan kultur perlu diwarnakan.
C Kapas perlu digantikan dengan gabus.
D Radas tersebut perlu dijauhkan daripada cahaya
Kapas matahari.
Tabung
didih Tip Pemeriksa
Tabung didih perlu dibalut dengan kain atau kertas
hitam untuk mencegah pertumbuhan alga di dalam
Larutan larutan kultur.
kultur
Jawapan: A
226

