Page 16 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 16
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
mentah yang terhad. Antara tahun 1932 hingga tahun 1937, Jepun memberi
tumpuan sepenuhnya kepada Manchuria yang kaya dengan arang batu dan
besi. Wilayah Manchuria turut menjadi rebutan negara China. Oleh itu, pada
tahun 1937, Perang China-Jepun telah meletus dan Jepun berjaya menewaskan
China.
Amerika Syarikat pula berusaha menghentikan pendudukan Jepun
di China dengan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun seperti
melarang semua eksport ke Jepun serta membekukan harta Jepun di Amerika
Syarikat. Britain dan Belanda juga telah menyekat kemaraan Jepun sehingga
Jepun kehilangan sumber minyak yang penting untuk melaksanakan dasar Penggal
imperialismenya.
Punca terakhir ialah keselamatan negara. Yoshida Shion, seorang intelek
Jepun mencadangkan supaya Jepun mengukuhkan pertahanannya dengan 1
memajukan Pulau Hokkaido, menakluki Kepulauan Ryukyu, menguasai
Manchuria, Formosa (Taiwan), dan menjadikan Korea sebagai negeri naungan.
Yamagata Arimoto memperkenalkan konsep garis kepentingan negara, iaitu
kawasan berhampiran Jepun akan mempengaruhi keselamatan Jepun dan ini
menyebabkan Jepun meluaskan garis keselamatan ke Korea dan utara China.
Hal ini menunjukkan bahawa Jepun mahu mengukuhkan keselamatan negara
dengan menakluk negara-negara jiran.
Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua menyaksikan kerakusan pemimpin-
pemimpin negara tertentu cuba bertindak menyaingi antara satu sama lain.
Ruang lingkup Perang Dunia Kedua lebih luas jangkauannya yang turut
melibatkan benua Eropah, Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik. Keperitan dan
kesengsaraan yang diratapi pihak terlibat memungkinkan generasi hari ini
trauma dengan peperangan dan cuba mengelak daripada berlakunya Perang
Dunia Ketiga.
Soalan 5
Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya
Perang Dingin. [20]
Rangka Jawapan
Pendahuluan
– Konflik antara blok kapitalis yang diterajui Amerika Syarikat dan blok komunis
yang dipimpin Soviet Union.
– Dipopularkan oleh seorang kolumnis dari Amerika Syarikat, iaitu Walter
Lippmann.
– Digunakan secara meluas pada tahun 1947 apabila Doktrin Truman
dilancarkan.
73
04 Q&A STPM SEJ P1.indd 73 04/04/2019 5:25 PM

