Page 17 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 17

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

            Isi
            –  Tiada kesepakatan dalam rundingan.
            –  Wujudnya perbezaan ideologi antara blok Barat dengan blok komunis.
            –  Berlaku kemerosotan ekonomi kerana membiayai Perang Dunia Kedua.
            –  Kebimbangan Rusia terhadap ancaman Jerman.
            Kesimpulan
            –  Kedua-dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union merupakan
              pihak penting dalam Perang Dingin.
            –  Merekalah sebenarnya yang telah mencorakkan hubungan antarabangsa
              dalam tempoh Perang Dingin.


          Jawapan
    Penggal
    1           Perang Dingin dapat diistilahkan sebagai konflik antara blok kapitalis
            yang diterajui oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang dipimpin
            oleh Soviet Union sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.
            Istilah ini dipopularkan oleh seorang kolumnis dari Amerika Syarikat, iaitu
            Walter Lippmann dan digunakan secara meluas pada tahun 1947 apabila
            Doktrin Truman dilancarkan. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang
            kepada tercetusnya Perang Dingin.
                Antara faktor tersebut ialah tiada kesepakatan dalam rundingan. Pemimpin
            Big Three  Kuasa  Berikat telah  mengadakan  satu  pertemuan  di  Tehran,  Iran
            pada tahun 1943 bagi membincangkan masa depan politik Eropah kerana
            Jerman semakin menghampiri kekalahan. Namun, dalam persidangan tersebut,
            Amerika  Syarikat  tidak  memberi  sebarang  persetujuan  tentang  kawasan
            yang akan dimiliki (konsesi) oleh Rusia di Eropah Tengah. Selain itu, Rusia
            yang diwakili oleh Joseph Stalin berharap agar Amerika Syarikat dan Britain
            membuka second front melalui Perancis. Hal ini adalah untuk memudahkan
            Rusia menyerang Jerman dan sebagai ganjaran, Rusia berjanji akan membantu
            Amerika Syarikat dan Britain untuk menewaskan Jepun.
                Pertemuan kedua diadakan pada Februari 1945 di Yalta, Rusia. Joseph
            Stalin merasa bimbang akan ancaman Jerman dan mahu negara-negara
            Eropah Timur berada di bawah pengaruh Rusia serta sebagai pelindung
            kepada Rusia. Namun, Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt
            gagal menjelaskan dasar Amerika Syarikat terhadap Eropah Timur. Keadaan
            tersebut mengakibatkan Joseph Stalin menganggap pihak Barat bersedia
            menerima pengaruh Rusia di Poland sekiranya Rusia berundur dari Eropah
            Barat. Selain itu, persidangan terakhir di Potsdam, Berlin pada 17 Julai hingga
            2 Ogos 1945 juga tidak berjaya seperti yang diharapkan oleh Joseph Stalin
            disebabkan oleh isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah.
                Faktor kedua ialah perbezaan ideologi antara blok Barat dengan blok
            komunis. Dari segi politik, blok Barat mengamalkan sistem demokrasi dan
            sistem pelbagai parti. Kerajaan yang memerintah adalah hasil undian rakyat
            menerusi pilihan raya umum. Manakala blok komunis pula menganjurkan


                                          74




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   74                                        04/04/2019   5:25 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22