Page 18 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 18
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
sistem pemerintahan secara diktator dan hanya parti komunis sahaja diiktiraf.
Dari segi ekonomi, blok Barat mengamalkan sistem kapitalisme dengan
prinsip pasaran bebas. Pemerintah mempunyai peranan yang terbatas dalam
persaingan ekonomi dan ini menguntungkan pelabur-pelabur yang bermodal
besar serta berjaya meningkatkan persaingan dalam kalangan pengusaha
sehingga ekonomi negara turut meningkat. Blok komunis pula mengawal
perdagangan bebas dan pemerintahnya memainkan peranan besar. Hal ini
menyebabkan perkembangan ekonominya perlahan kerana tiada persaingan.
Dari sudut sosial pula, blok Barat memberi sepenuhnya kebebasan kepada
individu seperti kebebasan memilih kerajaan, kebebasan bersuara, hak asasi, Penggal
dan sebagainya. Berlainan pula dengan blok komunis, rakyatnya mempunyai
kebebasan yang terhad.
Faktor ketiga ialah kemelesetan ekonomi disebabkan pembiayaan Perang 1
Dunia Kedua. Dalam Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat tidak menjadi
medan peperangan dan hal ini menyelamatkan negara tersebut daripada
kemusnahan prasarana. Disebabkan hal ini juga, Presiden Harry S. Truman
membuat pengisytiharan bahawa Amerika Syarikat akan menolong setiap
bangsa yang merdeka bagi berdepan dengan komunis. Justeru, Rancangan
Marshall (Marshall Plan) diperkenalkan pada tahun 1948 bertujuan untuk
membangunkan ekonomi Eropah Barat di samping memerangi pengaruh
komunis. Melalui rancangan tersebut, ekonomi Perancis, Jerman Barat,
Itali, Belanda, Britain, dan lain-lain berjaya dipulihkan. Namun, Rusia
menolak bantuan Amerika Syarikat kerana berpendapat bahawa rancangan ini
merupakan helah Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam pentadbiran
negara lain.
Faktor terakhir ialah kebimbangan Rusia terhadap ancaman Jerman.
Kebimbangan ini berasaskan sejarah hubungan yang tegang antara Rusia
dengan Jerman terutamanya apabila Adolf Hitler melancarkan Operasi
Barbarossa. Peristiwa tersebut merupakan salah satu usaha Jerman untuk
menakluk Rusia dan pada masa itu, Rusia menghadapi serangan Jerman
bersendirian tanpa mendapat sebarang bantuan dari negara lain. Antara
tindakan Adolf Hitler ialah mengarahkan 79 pasukan tenteranya menyerang
Rusia di sempadan sepanjang 2 000 batu. Operasi ini berlaku selama 900 hari
dan dalam tempoh itu, 600 000 bom digugurkan oleh tentera udara Jerman.
Jerman memilih Rusia bagi mendapatkan tanah yang subur dan luas dan
Hitler juga berpendapat bahawa orang Rusia dan daerah lain yang bukan
Aryan patut ditakluki dan dijadikan hamba kepada bangsa Jerman.
Kesimpulannya, kedua-dua kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat dan
Soviet Union merupakan pihak penting dalam Perang Dingin. Kedua-duanya
akan menggunakan apa sahaja cara untuk memperjuangkan kepentingan
masing-masing termasuklah pengintipan, kegiatan subversif, dan berperang
secara tidak langsung melalui sekutu mereka. Merekalah sebenarnya yang
telah mencorakkan hubungan antarabangsa dalam tempoh Perang Dingin ini.
75
04 Q&A STPM SEJ P1.indd 75 04/04/2019 5:25 PM

