Page 19 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 19

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

           4.3 Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan

          Soalan 6
            Bincangkan usaha-usaha pengembalian kedaulatan yang dilakukan
            di China pada abad ke-20.                                  [20]
           Rangka Jawapan
            Pendahuluan
            –  Usaha mendaulatkan negara China berbeza daripada yang berlaku di negara
              India kerana pengembalian kedaulatan di India diminta daripada penjajah
              British.
    Penggal
    1       –  Sebaliknya di China, sebahagian besar rakyat menganggap kerajaan Ch’ing
              adalah kerajaan asing kerana pemerintahnya merupakan orang Manchu yang
              berasal dari Manchuria. Oleh itu, rakyat China mahu menyingkirkan kerajaan
              Ch’ing.
            Isi
            –  Kang Yu-wei menjalankan Reformasi Seratus Hari.
            –  Pihak kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan cadangan
              golongan cerdik pandai.
            –  Gerakan revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen disokong oleh rakyat
              apabila mereka bosan dan kecewa dengan pemerintahan kerajaan Ch’ing.
            –  Tung Mei Hui ditubuhkan dengan Dr. Sun Yat Sen sebagai pengerusi. Dr. Sun
              Yat Sen bersama-sama pemimpin revolusi yang lain menubuhkan Republik
              China dan beliau dilantik sebagai presiden sementara.
            –  Kerajaan melantik Yuan Shih Kai untuk menghapuskan golongan revolusi.
            –  Kuomintang (KMT) menang besar dalam pilihan raya.
            –  Dr. Sun Yat Sen menyusun semula KMT dan membentuk kerajaan di Canton
              setelah kematian Yuan Shih Kai.
            –  Dr. Sun Yat Sen meninggal dunia dan menyebabkan KMT berpecah kepada
              puak prokomunis dan antikomunis.
            –  Hubungan PKC-KMT dibentuk untuk menghadapi Jepun tetapi semasa
              peperangan, hanya tentera KMT yang berperang.
            –  Apabila Jepun menyerang China, PKC menggunakan slogan nasionalis untuk
              mendapatkan sokongan penduduk tempatan.
            –  KMT melantik Chiang Kai-shek sebagai Presiden Republik China melalui
              Dewan Perhimpunan Kerajaan Kebangsaan.
            –  KMT yang mencapai kemenangan mula menindas golongan antikerajaan dan
              golongan intelektual yang menentang kerajaan ditangkap dan dibunuh.
            –  PKC membentuk kerajaan komunis pada tahun 1949 yang dikenali sebagai
              Republik Rakyat China yang kekal sehingga kini.
            Kesimpulan
            –  Di peringkat awal, pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial
              sukar dilaksanakan kerana kerajaan Ch’ing curiga kepada usaha-usaha
              pembaharuan yang dilakukan.
            –  Perjuangan membebaskan China melalui jalan yang  sukar kerana melibatkan
              pertumpahan darah sesama sendiri.

                                          76




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   76                                        04/04/2019   5:25 PM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24