Page 20 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 20

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
            Jawapan
                   Usaha mendaulatkan negara China berbeza daripada yang berlaku di
              negara  India kerana  pengembalian kedaulatan di India diminta  daripada
              penjajah British. Sebaliknya di China, sebahagian besar rakyat menganggap
              kerajaan Ch’ing adalah kerajaan asing kerana pemerintahnya merupakan
              orang Manchu yang berasal dari Manchuria. Oleh itu, rakyat China mahu
              menyingkirkan kerajaan Ch’ing.
                   Sepanjang abad ke-19, kuasa-kuasa Barat dan Jepun telah menceroboh
              China dan membahagikan wilayah China mengikut kehendak mereka.
              Proses ke arah mengembalikan kedaulatan di China bermula apabila Kang   Penggal
              Yu-wei menjalankan Reformasi Seratus Hari. Kang Yu-wei mencadangkan
              agar maharaja berkongsi kuasa dengan Dewan Perwakilan bagi mewujudkan
              monarki berperlembagaan di China. Beliau juga mahu menyesuaikan     1
              pentadbiran Barat dengan pentadbiran China.
                   Namun, usaha Kang Yu-wei gagal kerana golongan konservatif dan
              Maharani Dowager hanya berminat mengekalkan kekuasaan tradisi orang
              Manchu di China. Bagaimanapun, apabila kerajaan Ch’ing tidak popular
              dalam kalangan masyarakat, usaha-usaha pembaharuan Kang Yu-wei terpaksa
              dijalankan. Kerajaan Ch’ing tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
              cadangan golongan cerdik pandai seperti mengesyorkan kerajaan mengadakan
              kajian di negara-negara Barat dan Jepun sebelum melaksanakan sistem raja
              berperlembagaan.
                   Gerakan revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen disokong oleh
              rakyat China apabila mereka bosan dan kecewa dengan pemerintahan
              kerajaan Ch’ing. Dr. Sun Yat Sen mula memikirkan usaha menubuhkan parti
              revolusi atas galakan penuntut-penuntut China di Jepun.  Dr. Sun Yat Sen
              mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat, iaitu, nasionalisme, demokrasi, dan
              sosialis. Seterusnya, pertubuhan-pertubuhan kecil disatukan supaya tidak
              berlaku perebutan kuasa.
                   Tung Mei Hui ditubuhkan pada tahun 1905 dengan Dr. Sun Yat Sen
              dilantik sebagai pengerusi dan ahli-ahlinya terdiri daripada penuntut, pegawai
              tentera, dan golongan sasterawan. Setelah melakukan beberapa siri revolusi
              untuk menggulingkan kerajaan Manchu, pihak revolusi akhirnya berjaya
              menguasai Wuchang,  Hanyang, dan Hankow. Hal ini menyebabkan wilayah-
              wilayah lain mengisytiharkan kemerdekaan dan tidak bernaung di bawah
              kerajaan Ch’ing. Dr. Sun Yat Sen bersama-sama pemimpin revolusi yang lain
              menubuhkan Republik China dan beliau dilantik sebagai presiden sementara.
                   Namun, kerajaan Ch’ing melantik Yuan Shih Kai sebagai ketua tentera
              darat  dan  tentera  laut  untuk  menghapuskan  golongan  revolusi  dan  beliau
              berjaya menawan kembali Hanyang dan Hankow. Pemimpin revolusi bersetuju
              mengadakan rundingan  dengan Yuan  Shih Kai  kerana beliau mempunyai
              kekuatan tentera dan kewangan yang lebih kukuh. Dr. Sun Yat Sen meletak
              jawatan dan Yuan Shih Kai dilantik sebagai presiden sementara selepas


                                            77




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   77                                        04/04/2019   5:25 PM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25