Page 21 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 21

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
            rundingan tersebut. Sebagai balasan, Yuan Shih Kai mendesak kerajaan Ch’ing
            turun takhta. Kuasa pemerintahan dikembalikan kepada rakyat dan pilihan
            raya diadakan mengikut sistem dua dewan, iaitu Dewan Rendah dan Dewan
            Tertinggi bagi menggerakkan demokrasi.
                Kuomintang (KMT) menang besar dalam pilihan raya tersebut. Namun,
            Yuan Shih Kai membunuh tokoh utama Kuomintang dan menyingkirkan
            gabenor wilayah KMT Selatan  kerana tidak mahu kuasanya dicabar. KMT
            kemudiannya diharamkan oleh Yuan Shih Kai dan beliau mengamalkan sistem
            pemerintahan diktator. Yuan Shih Kai melantik dirinya sebagai  Maharaja
            China yang baharu dengan niat mengembalikan sistem monarki tetapi beliau
            meninggal dunia pada 6 Jun 1916.
                Dr. Sun Yat Sen menyusun semula KMT dan membentuk kerajaan di
    Penggal
    1       Canton setelah kematian Yuan Shih Kai. Dr. Sun Yat Sen mendesak kuasa
            Barat seperti Perancis, Britian, dan Amerika Syarikat untuk menyokongnya
            dalam menyatukan rakyat China tetapi permintaan beliau tidak diendahkan.
            Beliau terpaksa meminta bantuan Rusia. Rusia menghantar Michael Borodin
            untuk membantu China dan sebuah pusat latihan ketenteraan ditubuhkan.
            Rusia pula mendesak Parti Komunis China (PKC) bergabung dengan KMT
            di bawah Deklarasi Sun-Joffe 1923 dan PKC bersetuju yang membawa kepada
            penubuhan Barisan Bersatu.
                Dr. Sun Yat Sen meninggal dunia pada tahun 1925 menyebabkan KMT
            berpecah  kepada  puak  prokomunis  dan  antikomunis.  Jeneral  Chiang  Kai-
            shek ke utara China untuk menentang hulubalang dan menyatukan KMT.
            KMT berjaya menawan Peking dan menubuhkan kerajaan di Nanking.
            Kejayaan tersebut menyebabkan golongan hulubalang memberikan kesetiaan
            kepadanya dan kuasa asing mengiktiraf kerajaan nasionalis pimpinan beliau.
            Kemudiannya, beliau melancarkan kempen antikomunis, memecat ahli
            komunis, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai.
                Hubungan PKC-KMT dibentuk untuk menghadapi Jepun tetapi semasa
            peperangan hanya tentera KMT yang berperang dan mereka dikalahkan oleh
            Jepun yang menyebabkan imej KMT jatuh. Oleh itu, KMT mengenakan
            tekanan ke atas PKC dan meminta bantuan penasihat tentera Jerman,
            Jeneral Hans von Seeckt. Perancangan yang teliti dilaksanakan dengan
            mengepung tentera komunis, menempatkan tentera di lokasi strategik,
            kubu-kubu kecil dibina, serta dilengkapi dengan mesingan dan meriam.
            Keadaan ini menyebabkan kubu komunis tewas satu persatu dan Mao
            Tze Tung memulakan  Long March pada tahun 1934. Perjalanan tersebut
            mengorbankan banyak nyawa dan hanya 20 000 yang selamat sampai di Shensi.
            Di sini, pihak komunis melakukan akitiviti pemulihan dan mengembalikan
            kekuatan mereka.
                Apabila Jepun menyerang China, PKC menggunakan slogan
            nasionalis untuk mendapatkan sokongan penduduk tempatan kerana dalam



                                          78




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   78                                        04/04/2019   5:25 PM
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26