Page 19 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 19
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(c) Tanpa mengira kedudukan dalam istana, mereka yang melakukan
kesalahan akan dibuang negeri. BAB
19 Shogun Tokugawa berusaha mengekalkan kuasanya dengan mengawal 1
kuasa daimyo dan kegiatan tuan tanah. Tokugawa telah mengagihkan
semula tanah-tanah yang dirampas daripada penentang politik dan diberi
kepada tenteranya.
20 Pengagihan semula dijalankan dengan cara memberi kawasan kekuasaan
kepada vassal-vassal Ieyasu yang dipercayai supaya mereka dapat
memerhatikan daimyo-daimyo yang diragui ketaatsetiaannya.
21 Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan
penting dalam pentadbiran di Jepun. Mereka bermula dengan status Galeri Info
primus inter pares, iaitu hanya dikenali sebagai ketua yang popular dalam Daimyo diwajibkan
kalangan pahlawan. bersumpah setia, menunaikan
tanggungjawab kepada bakufu,
22 Kebiasaannya mereka menggelarkan diri mereka sebagai bangsawan menyediakan bantuan apabila
daerah sebenar yang menguasai kawasan tertentu dan mengharapkan diperlukan dan memastikan
kesetiaan daripada kebanyakan keluarga tentera dalam lingkungan daerah mereka ditadbir
dengan aman.
sesebuah daerah.
23 Pada abad ke-16, mereka telah mengiktiraf diri mereka sebagai bangsawan
daerah yang digelar daimyo yang membuktikan ketokohan semasa zaman
feudal.
24 Daimyo dibantu oleh kelas pegawai pentadbir dan pegawai tentera yang
membentuk pemerintahan kecil di istana pusat daimyo dan hidup dengan
tanah warisan atau gaji yang diberikan kepada mereka.
25 Disebabkan hak istimewa dan keadaan pada zaman itu, kebanyakan
daimyo membangunkan kekuatan tentera di daerah kekuasaan mereka.
26 Ada antara daimyo lebih berkuasa sehingga menakluk beberapa wilayah
lain, membangunkan keupayaan berperang dengan menjadikan golongan
petani sebagai tulang belakang kehidupan ekonomi, dan bekalan tenaga
ketenteraan. Malahan, mereka mendapat sokongan daripada pedagang
yang menyediakan alat pengangkutan semasa perang.
27 Daimyo Fudai merupakan daimyo yang paling dipercayai oleh Tokugawa.
Ciri-ciri daimyo Fudai:
(a) Cabang daripada keluarga Tokugawa dan sekutu-sekutunya.
(b) Memiliki tanah seluas hampir 50 000 koku (1 koku = 5 bushel).
(c) Dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.
(d) Membantu Tokugawa menguasai pemerintahan. Foto 1.9 Hayashi Tadataka,
(e) Menyediakan pertahanan ketenteraan dan pentadbiran kepada seorang daimyo Fudai yang
Kesyogunan Tokugawa. terkenal
28 Selepas daimyo Fudai ialah daimyo Shimpan. Ciri-ciri daimyo Shimpan: Daimyo Fudai dan daimyo
(a) Dikenali sebagai rumah-rumah bersaudara. Shimpan membantu Tokugawa
(b) Terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. menjalankan pemerintahan.
(c) Antara keluarga Tokugawa yang utama dikenali sebagai Go-Sanke
atau Tiga Rumah milik anak Ieyasu yang terletak di daerah Owari
Kii dan Mito.
(d) Tugasnya sama seperti daimyo Fudai.
17
Bab 01 17 3/27/18 11:33 AM

