Page 20 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 20
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
29 Satu kumpulan lagi ialah daimyo Tozama yang juga dikenali sebagai
BAB daimyo luar. Ciri-ciri daimyo Tozama:
(a) Tidak mempunyai pertalian saudara dengan Ieyasu.
1
(b) Merupakan tuan-tuan tanah feudal yang sama ada mengambil
pendirian berkecuali dalam pertempuran antara Ieyasu dan
Mitsunari di Sekigahara atau bersekutu dengan Mitsunari dalam
pertempuran tersebut.
(c) Selepas pertempuran di Sekigahara, Ieyasu tidak mempercayai
daimyo Tozama dan mengawal kumpulan ini dengan ketat dan rapi.
30 Ieyasu mengawasi tindak-tanduk daimyo Tozama dengan mengarahkan
Galeri Info
mereka menjalankan tugas yang membebankan dan melemahkan sumber
Antara tahun 1615 – 1635, kewangan mereka dengan cara:
pelbagai undang-undang (a) Memberi tugas membaiki istana di Nagoya, Fushimi, Hakone, Edo,
diluluskan untuk mengawal
daimyo dari segi tingkah dan Suruga.
laku, perkahwinan, pakian, (b) Daimyo Tozama seperti Kato, Asano, Ikeda dan Shimazu diarah
kehadiran bergilir di Edo, membekalkan buruh serta bahan untuk kerja pembaikan istana
pembinaan kapal, dan
sebagainya. tetapi diberi bayaran yang kecil dan bayaran tersebut tidak mampu
menampung kos yang telah dikeluarkan.
31 Ieyasu juga telah mengambil langkah untuk mengelakkan berlakunya
komplot dan subahat dalam kalangan daimyo Tozama. Pada tahun 1615,
Ieyasu telah melaksanakan Ordinan untuk Perumahan Ketenteraan
(M.Rajendran, 1988: 42). Berdasarkan ordinan tersebut:
(a) Mengenakan had ke atas saiz istana.
(b) Tidak membenarkan daimyo Tozama membaiki atau membesarkan
istana atau kota mereka tanpa permit.
(c) Mengawal had kubu istana daimyo Tozama.
32 Seterusnya, perkahwinan dalam kalangan keluarga daimyo dan hubungan
dengan daimyo lain juga dikawal rapi oleh Shogun.
Petua Pemeriksa 33 Shogun Tokugawa sentiasa mengawasi daimyo. Jika mereka tidak
membayar cukai kepada kerajaan pusat, Tokugawa akan memanggil
Pelajar harus mengetahui
peranan daimyo dan cara mereka untuk membuat kerja binaan di Edo atau memberi khidmat
Shogun mengekang kuasa negara dan memerah tenaga mereka secara berlebihan.
daimyo.
34 Kerajaan Edo juga menubuhkan satu kumpulan pegawai yang dikenali
sebagai metsuke yang menjadi polis rahsia bagi mengawal kumpulan
yang mengancam undang-undang Tokugawa.
35 Shogun Tokugawa juga mengawal daimyo melalui sistem Sankin Kotai
atau dikenali sebagai kehadiran bergilir. Melalui sistem ini, setiap daimyo
dipaksa menukar tempat kediaman mereka selang setahun di antara Edo
dan tanahnya sendiri.
36 Apabila daimyo ini pulang ke tanahnya sendiri, mereka harus
meninggalkan isteri dan anak-anak di Edo sebagai penjamin. Ketika di
Edo, seseorang daimyo wajib melaksanakan pelbagai upacara dan tugas
pentadbiran untuk bakufu dan apabila tinggal di tanah sendiri tidak
dibenarkan melawat tanah lain tanpa kebenaran bakufu.
37 Sistem tersebut telah menimbulkan beban kewangan yang serius ke atas
daimyo yang terpaksa mengendalikan dua tempat kediaman.
18
Bab 01 18 3/27/18 11:33 AM

